|
Cawangan Kawalselia Radiasi Perubatan (CKRP), Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) bertanggungjawab dalam aktiviti penguatkuasaan dan permonitoran di bawah Akta PerlesenanTenaga Atom 1984 (Akta 304) yang melibatkan premis swasta dan kemudahan kerajaan yang terlibat dalam penggunaan radas penyinaran dan juga bahan radioaktif. Di antara aktiviti CKRP adalah lawatan penguatkuasaan bagi premis swasta dan pemonitoran bagi kemudahan kerajaan yang terlibat dengan penggunaan sinaran mengion bagi tujuan perubatan membabitkan hospital, klinik kerajaan dan klinik pergigian dalam negeri Pulau Pinang. Berdasarkan maklumat rekod perlesenan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang terkini, jumlah klinik dan hospital swasta yang berlesen di bawah Akta 304 adalah sebanyak 418 premis manakala sebanyak 57 buah kemudahan kerajaan berdaftar di bawah akta tersebut. Bagi aktiviti penguatkuasaan dan pemantauan ia merangkumi perkhidmatan Radiologi, Perubatan Nuklear, Radioterapi, Veterinar dan Pergigian yang terlibat dalam penggunaan sinaran mengion bagi tujuan diagnosis atau rawatan. Terdapat 494 radas penyinaran dan 41 bahan radioaktif di premis swasta yang telah dilesenkan dengan KKM manakala, di kemudahan kerajaan terdapat 117 radas penyinaran dan 37 bahan radioaktif yang telah didaftarkan bagi tujuan perubatan. OBJEKTIF/FUNGSI Memastikan penggunaan sinaran mengion bagi tujuan perubatan adalah selamat, optima dan wajar serta meminimakan bahaya yang mungkin timbul daripada penggunaan sinaran mengion pada tahap yang dibenarkan.
AKTIVITI DAN PENCAPAIAN
|