A.  PENGENALAN

Unit Epidemiologi telah diwujudkan pada 1971 di bawah Bahagian Perkhidmatan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia. Unit ini memfokus kepada Program Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC).

B. OBJEKTIF

Untuk mengurangkan kejadian penyakit dan kematian disebabkan oleh penyakit berjangkit ke paras yang rendah supaya tidak lagi menjadi ancaman kepada kesihatan awam.

  • Untuk melakukan pengesanan awal penyakit, memberi rawatan yang tepat, perkhidmatan rehabilitasi yang sesuai serta pengawasan yang berterusan.
  • Untuk meminimakan penularan dan perebakan penyakit berjangkit sekiranya berlaku di negeri Pulau Pinang melalui tindakan kawalan yang cepat dan berkesan.
  • Untuk menggalakkan penglibatan ahli masyarakat dan kerjasama antara jabatan serta badan bukan kerajaan di dalam pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit.

C.  VISI

Untuk menjadikan penduduk di negeri Pulau Pinang bebas daripada ancaman penyakit berjangkit agar mereka dapat menikmati kehidupan yang berkualiti dan produktif sepanjang masa.

D.  MISI

Melaksanakan program-program pemantauan, pencegahan dan kawalan penyakit berjangkit  dengan penuh teliti, menyeluruh, bersepadu dan berkesan dengan melibatkan penglibatan sama masyarakat, agensi-agensi kerajaan dan swasta serta badan bukan kerajaan.

 

E.  PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

Mencegah dan mengurangkan beban penyakit berjangkit melalui aktiviti pencegahan dan pengawalan, penguat kuasaan dan pendidikan kesihatan meliputi penyakit:

  1. Bawaan Makanan & Air:
    1. Kolera
    2. Disentri
    3. Hepatitis A
    4. Keracunan Makanan
    5. Tifoid
  2. Zoonosis:
    1. Leptospirosis
    2. Rabies
    3. Ebola
    4. Brucellosis
    5. Q-fever
    6. Nipah Encephalitis
    7. Anthrax
    8. Toxoplasmosis
  3. Cegahan vaksin
    1. Measles
    2. Pertussis
    3. Polimyelitis
    4. Tetanus
    5. Difteria
    6. Hepatitis B
  4. Lain-lain penyakit
    1. Melioidosis
    2. HFMD & Enterovirus
    3. Acute Flaccid Paralysis (AFP)
    4. Hepatitis C
    5. Soil Transmitted Helminthiasis (STH)