UJIAN SARINGAN HIV PRA PERKAHWINAN
Melangkah ke gerbang perkahwinan dengan sihat dan selamat,
Jalani Ujian Saringan HIV,
ketahuilah status HIV anda & pasangan.
- Ujian saringan HIV pra perkahwinan boleh dilakukan di semua Klinik Kesihatan Kerajaan di Negeri Pulau Pinang. Senarai Klinik Kesihatan boleh didapati di sini. Sila hubungi Klinik kesihatan yang berhampiran untuk slot temujanji ujian.
- Sila muat turun Borang Permohonan ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan (BORANG KKM/HIV/SPP01/09 pind.01/2020) di pautan di bawah
Borang Saringan HIV Pra Perkahwinan
- Borang ini perlu disii dalam dua (2) salinan dan dibawa oleh bakal pengantin ke Klinik Kesihatan Kerajaan untuk menjalani ujian saringan
- Hanya borang yang dimuat turun daripada laman sesawang Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKN PP) atau Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) dengan nombor siri SAH dan diterima
- Borang yang dimuat turun dari laman sesawang lain tanpa nombor siri adalah tidak sah dan tidak diterima
-
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Klinik Kesihatan yang berdekatan atau Cawangan HIV/STI/Hep.C Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang di 04-2625533
“Ibu bapa sihat, anak selamat”