Hospital Pulau Pinang (HPP) telah menerima kunjungan daripada pihak 𝐓𝐡𝐚𝐥𝐚𝐬𝐬𝐞𝐦𝐢𝐚 𝐈𝐧𝐭𝐞𝐫𝐧𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 𝐅𝐞𝐝𝐞𝐫𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧 (𝐓𝐈𝐅) dalam lawatan bagi memulakan kerjasama dengan HPP bagi latihan rawatan Thalassemia di rantau ini.

Pasukan TIF terdiri daripada 𝐏𝐫𝐨𝐟. 𝐀𝐧𝐭𝐨𝐧𝐢𝐨 𝐆𝐮𝐢𝐥𝐢𝐨 𝐏𝐢𝐠𝐚 dari Itali dan 𝐀𝐬𝐬𝐨𝐜. 𝐏𝐫𝐨𝐟. 𝐃𝐫. 𝐊𝐞𝐯𝐢𝐧 𝐇.𝐌. 𝐊𝐮𝐨 dari Kanada.

Sewaktu lawatan berlangsung, pakar-pakar TIF telah bertemu dengan pasukan dari HPP bagi membincangkan perkhidmatan dan program yang disediakan oleh hospital dalam pengenalpastian, diagnosis dan rawatan pesakit Thalassemia.

Mereka turut berpeluang melawat 𝐉𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐮𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐓𝐫𝐚𝐧𝐬𝐟𝐮𝐬𝐢, 𝐌𝐚𝐤𝐦𝐚𝐥 𝐏𝐚𝐭𝐨𝐥𝐨𝐠𝐢, serta 𝐏𝐮𝐬𝐚𝐭 𝐉𝐚𝐠𝐚𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐇𝐞𝐦𝐚𝐭𝐨𝐥𝐨𝐠𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐇𝐞𝐦𝐚𝐭𝐨𝐥𝐨𝐠𝐢 𝐏𝐞𝐝𝐢𝐚𝐭𝐫𝐢𝐤. Selain itu, mereka juga berkesempatan menemu bual 𝐉𝐮𝐫𝐮𝐫𝐚𝐰𝐚𝐭 𝐓𝐞𝐫𝐥𝐚𝐭𝐢𝐡 dari Unit Jagaan Harian serta wakil daripada 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐚𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐓𝐡𝐚𝐥𝐚𝐬𝐬𝐞𝐦𝐢𝐚 𝐏𝐮𝐥𝐚𝐮 𝐏𝐢𝐧𝐚𝐧𝐠.

𝐒𝐞𝐭𝐢𝐧𝐠𝐠𝐢-𝐭𝐢𝐧𝐠𝐠𝐢 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐡𝐚𝐫𝐠𝐚𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐮𝐜𝐚𝐩𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐩𝐢𝐡𝐚𝐤 𝐓𝐈𝐅 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐡𝐚𝐝𝐢𝐫 𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐬𝐞𝐦𝐮𝐚 𝐩𝐞𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐝𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐇𝐏𝐏 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐤𝐞𝐭𝐮𝐚𝐢 𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐘𝐁𝐫𝐬. 𝐃𝐫. 𝐆𝐨𝐡 𝐇𝐢𝐧 𝐊𝐰𝐚𝐧𝐠, 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐇𝐨𝐬𝐩𝐢𝐭𝐚𝐥 𝐏𝐮𝐥𝐚𝐮 𝐏𝐢𝐧𝐚𝐧𝐠.

hari jururwat sedunia 2025 peringkat hpp