Hospital Pulau Pinang dengan kerjasama Pusat Informatik Kesihatan (PIK), Kementerian Kesihatan Malaysia telah berjaya menganjurkan Bengkel Pengkekodan Diagnosis International Classification of Disease 11 (ICD-11) dan Certification of Coders Hospital Pulau Pinang 2025 selama tiga hari bertempat di Bangunan ACC, Hospital Pulau Pinang.

Bengkel ini menghimpunkan 60 orang peserta yang terdiri daripada:

👩‍⚕️ Pakar Perubatan

👨‍⚕️ Pegawai Perubatan

📑 Pegawai Tadbir (Rekod Perubatan)

📊 Penolong Pegawai Tadbir

🗂️ Pembantu Tadbir (P/O)

Penceramah bengkel pula adalah dua (2) orang Expert Coders daripada PIK KKM iaitu:

  • Dr. Erwyn Ooi Chin Wei, Ketua Penolong Pengarah
  • Encik Azman bin Ahmad, Penolong Pengarah Kanan

Urusetia bengkel terdiri daripada Jabatan Rekod Perubatan HPP melibatkan Ketua Jabatan, Penolong Pegawai Tadbir, Pembantu Tadbir (P/O) serta Personel MySTEP.

𝐀𝐩𝐚 𝐈𝐭𝐮 𝐈𝐂𝐃-𝟏𝟏?

International Classification of Disease (ICD-11) merupakan piawaian global terkini yang dibangunkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk merekod dan melaporkan keadaan kesihatan.

Pelaksanaannya menandakan satu pencapaian penting dalam meningkatkan ketepatan dokumentasi klinikal, analisis data serta perancangan dasar kesihatan di Hospital Pulau Pinang dan seluruh KKM.

𝐎𝐛𝐣𝐞𝐤𝐭𝐢𝐟 𝐁𝐞𝐧𝐠𝐤𝐞𝐥

✅ Meningkatkan pemahaman mendalam tentang struktur ICD-11 & garis panduan pengekodan

✅ Memperkukuh amalan dokumentasi klinikal untuk penjanaan data kesihatan yang tepat

✅ Menyokong inisiatif transformasi kesihatan digital KKM

✅ Melahirkan Coders bertauliah melalui peperiksaan (tiga tahap)

Peserta diberi pendedahan melalui taklimat, latihan pengekodan secara langsung dan sesi perbincangan interaktif bagi memastikan ICD-11 dapat dilaksanakan secara berkesan dalam operasi harian hospital.

𝐏𝐞𝐧𝐠𝐡𝐚𝐫𝐠𝐚𝐚𝐧 & 𝐓𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐊𝐚𝐬𝐢𝐡

💙 Penceramah & fasilitator berdedikasi dari PIK KKM

💙 Pihak pengurusan dan warga Jabatan Rekod Perubatan HPP

💙 Semua peserta atas komitmen & semangat sepanjang bengkel

Usaha kolektif ini adalah satu langkah besar dalam mencapai data kesihatan yang lebih tepat, meningkatkan kualiti penjagaan pesakit serta menyokong kesejahteraan kesihatan rakyat Malaysia.

 

 

hari jururwat sedunia 2025 peringkat hpp