Jabatan Perubatan dan Kesihatan Pekerjaan telah menganjurkan Majlis Pelancaran Minggu Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Peringkat Hospital Pulau Pinang 2025.

Sambutan ini bermula pada 11 Ogos 2025 dengan pelbagai pengisian:

✅ Sesi Virtual Talk berkaitan keselamatan & kesihatan pekerjaan (11 – 13 Ogos)

✅ Ceramah “Road Safety” bersama JPJ, Honda & agensi berkaitan (14 Ogos)

✅ Ceramah “Needle Stick / Sharp Injury” di Auditorium HPP (15 Ogos)

Program ini turut melibatkan kerjasama agensi kerajaan & swasta termasuk JPJ, Honda, DOSH, PERKESO serta penyertaan warga kerja dari hospital-hospital lain seluruh negeri. 👏

✨ Tema sambutan tahun ini:

“𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐋𝐢𝐧𝐝𝐮𝐧𝐠𝐢 𝐍𝐲𝐚𝐰𝐚 – 𝐀𝐦𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐋𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭, 𝐖𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐋𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐓𝐞𝐫𝐣𝐚𝐦𝐢𝐧: 𝐌𝐞𝐧𝐮𝐣𝐮 𝐒𝐢𝐟𝐚𝐫 𝐈𝐧𝐬𝐢𝐝𝐞𝐧 𝐊𝐞𝐜𝐞𝐝𝐞𝐫𝐚𝐚𝐧 𝐀𝐥𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐓𝐚𝐣𝐚𝐦”

Tema ini seiring dengan konsep 3S (Selamat, Sihat, Seronok) yang menjadi misi strategik HPP sejak tahun 2024.

Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh:

👩‍⚕️ YBrs. Dato’ Dr. Fazilah binti Shaikh Alaudin (Pengarah Kesihatan Negeri Pulau Pinang)

👨‍⚕️ Dr. Mohd Fikry bin Rosely (Unit Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan, KKM)

👨‍⚕️ Dr. Goh Hin Kwang (Pengarah Hospital Pulau Pinang)

👨‍⚕️ Dr. Mahesvar A/L Balan (Timbalan Pengarah Perubatan I)

👩‍⚕️ Dr. Sharla A/P Mainiandy (Ketua Jabatan Perubatan & Kesihatan Pekerjaan HPP)

serta para pengarah hospital jemputan.

💪 Hospital Pulau Pinang terus komited membudayakan keselamatan & kesihatan pekerjaan demi memastikan warga kerja berada dalam persekitaran kerja yang selamat, sihat, kondusif dan seronok.

 

 

hari jururwat sedunia 2025 peringkat hpp