Jabatan Perubatan dan Kesihatan Pekerjaan Hospital Pulau Pinang dengan kerjasama pihak Pengurusan Hospital Pulau Pinang (HPP) telah menyampaikan 𝐀𝐧𝐮𝐠𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐖𝐢𝐫𝐚 𝐓𝐚𝐛𝐚𝐡 kepada seorang kakitangan HPP atas kegigihan dan ketabahan beliau melaksanakan amanah sebagai penjawat awam walaupun menggunakan bantuan kaki prostetik.
Nurayuni binti Che Ani, 24 tahun, merupakan seorang Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) yang berasal dari Kedah dan telah terlibat dalam kemalangan jalan raya pada tahun 2024. Akibat kemalangan tersebut, beliau telah menjalani pembedahan amputasi kaki kiri dan kini bergantung kepada kaki prostetik untuk bergerak.
Walaupun berhadapan cabaran fizikal dan kekangan peribadi, beliau tetap gigih serta setia berkhidmat dalam perkhidmatan 𝐊𝐞𝐦𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐬𝐢𝐡𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 (𝐊𝐊𝐌), sekali gus membuktikan semangat luar biasa dan daya tahan tinggi sebagai penjawat awam.
𝐀𝐧𝐮𝐠𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐖𝐢𝐫𝐚 𝐓𝐚𝐛𝐚𝐡 telah disampaikan oleh Pengarah Hospital Pulau Pinang, Dr. Goh Hin Kwang, diiringi oleh Timbalan Pengarah Perubatan I, Dr. Maheshvar a/l Balan, serta Ketua Jabatan Perubatan dan Kesihatan Pekerja, Dr. Sharla a/p Mainiandy.
𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧𝐮𝐠𝐞𝐫𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐢𝐧𝐢 merupakan simbol penghargaan dan pengiktirafan kepada beliau agar menjadi teladan inspirasi kepada semua pegawai dan kakitangan HPP untuk terus bersemangat, tidak mudah mengalah, serta cekal dalam menyumbang khidmat bakti kepada negara.
