𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 “𝐍𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 𝐒𝐩𝐞𝐞𝐜𝐡 𝐋𝐚𝐧𝐠𝐮𝐚𝐠𝐞 𝐚𝐧𝐝 𝐇𝐞𝐚𝐫𝐢𝐧𝐠 𝐌𝐨𝐧𝐭𝐡 𝟐𝟎𝟐𝟓” yang telah berlangsung dari 20 hingga 22 Mei 2025 bertempat di Foyer Blok B, Hospital Pulau Pinang telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya.

Unit Audiologi & Terapi Pertuturan, Jabatan Otorinolaringologi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat, khususnya kepada 𝟏𝟐 𝐚𝐠𝐞𝐧𝐬𝐢 𝐬𝐰𝐚𝐬𝐭𝐚 yang telah menunjukkan komitmen tinggi dalam menyampaikan maklumat, khidmat nasihat serta pendedahan yang amat bermanfaat kepada para pengunjung, terdiri daripada orang awam dan juga warga kesihatan.

Tidak dilupakan, ucapan terima kasih yang tulus ditujukan kepada barisan urusetia yang telah bertungkus lumus memastikan kelancaran program ini, dari peringkat perancangan hingga ke pelaksanaan.

Diharapkan penganjuran program ini dapat meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan aspek pertuturan, bahasa dan pendengaran serta menggalakkan akses awal kepada intervensi yang bersesuaian.

hari jururwat sedunia 2025 peringkat hpp