Satu lawatan pemantauan pelaksanaan Program Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) di Hospital Pulau Pinang telah dijalankan oleh pasukan dari Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia (IPKKM). Pasukan pemantauan terdiri daripada Dr. Puganeswary Thangarajah, Puan Norashida binti Abu Hassan dan Puan Zuraida binti Ibrahim dari Sektor KKP (Bahagian Kawalan Penyakit, IPKKM), Dr. Mohd Fikri bin Rosely dan Dr. Nurul Shahida binti Mohd Saffe dari (Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Cawangan Pengurusan Risiko dan Surveilan Klinikal, Bahagian Perkembangan Perubatan, IPKKM) serta Dr. Akmarliza binti Abdullah dari Pejabat Kesihatan Pergigian IPKKM.
Lawatan ini bertujuan untuk menilai keberkesanan pengurusan Program KKP berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan di setiap peringkat pelaksanaan. Ketibaan pasukan pemantauan telah disambut baik oleh Pengarah Hospital Pulau Pinang, Dr. Goh Hin Kwang bersama Timbalan Pengarah, Dr. Maheshvar Balan, Dr. Sharla Maniandy, Ketua Unit KKP Hospital Pulau Pinang, para pegawai Unit KKP Hospital Pulau Pinang, Dr. Sharifah Hildah Shahab, wakil KPAS dari Bahagian Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP), serta Dr. Teoh Li Ting dari Cawangan Pengurusan Risiko dan Surveilan Klinikal, Bahagian Perubatan, JKNPP.
π»ππππππ π ππ ππππππ diucapkan kepada π―πππππππ π·ππππ π·πππππ atas komitmen tinggi dalam memastikan pematuhan terhadap π¨πππ π²ππππππππππ π ππ π²ππππππππ π·ππππππππ 1994 serta perlindungan menyeluruh terhadap kesejahteraan warga kerja hospital. Meskipun hospital ini telah berusia lebih 100 tahun dan berdepan pelbagai cabaran, warga Hospital Pulau Pinang tetap melaksanakan pelbagai inisiatif dan pendekatan inovatif demi kejayaan program KKP secara cemerlang.
Beberapa cadangan penambahbaikan turut dibentangkan dalam sesi penutupan pemantauan sebagai sebahagian daripada usaha berterusan ke arah peningkatan kualiti dan keselamatan pekerja.
πΊπππππ πππππππππππππ πππ π ππππ π πππππππππ dan menjadi inspirasi kepada semua fasiliti kesihatan demi mewujudkan persekitaran kerja yang lebih selamat, sihat dan berkualiti untuk seluruh warga KKM.
