Statistik daripada platform data global menunjukkan bahawa bilangan hospital di seluruh dunia dijangka mencecah 215,977 buah menjelang tahun 2026. Bagi membantu pesakit mendapatkan pengurusan hospital yang terbaik, Newsweek telah menyenaraikan 50 buah hospital terbaik dunia dari Malaysia dalam laporan tahunan mereka. Hospital Pulau Pinang (HPP) telah diiktiraf sebagai salah sebuah hospital terbaik dunia dari Malaysia bagi tahun 2025. Dalam kalangan hospital awam, HPP berjaya menduduki tangga keempat selepas Hospital Kuala Lumpur, Hospital Umum Sarawak dan Hospital Putrajaya.
Pengiktirafan ini membuktikan keupayaan HPP dalam menyediakan perkhidmatan perawatan yang berkualiti tinggi kepada orang awam. Penilaian dilakukan berdasarkan pelbagai kriteria termasuk tinjauan dalam talian terhadap pakar perubatan, data pengalaman pesakit, metrik kualiti hospital serta PROMs Implementation Survey.
𝐒𝐲𝐚𝐛𝐚𝐬 𝐝𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐡𝐧𝐢𝐚𝐡 𝐝𝐢𝐮𝐜𝐚𝐩𝐤𝐚𝐧 kepada seluruh warga kerja Hospital Pulau Pinang. Teruskan komitmen anda dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan yang cemerlang untuk semua.
