Program Miracle Baby (MBP) Misi Kedua telah berlangsung dengan jayanya pada 24 April 2025 di Hospital Pulau Pinang. Program ini adalah merupakan satu (1) inisiatif yang sangat bermakna yang diasaskan oleh Canselor Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Tun Dr. Ling Liong Sik, dengan kerjasama Hospital Pulau Pinang (HPP) dan Sri Sathya Sai Sanjeevani Hospital (SSSSH) di India yang merupakan sebuah Hospital yang terkenal di peringkat antarabangsa dalam bidang pembedahan jantung kongenital.
Program Miracle Baby ditubuhkan bagi menangani kekurangan ini dengan menyediakan pembedahan jantung pembetulan pada kos minimum, sambil melatih serta memperkasakan tenaga kerja perubatan tempatan.
Program ini diwujudkan dengan satu (1) misi murni, iaitu untuk membantu bayi dan kanak-kanak di Malaysia yang menghidap penyakit jantung kongenital (CHD) dan memerlukan pembedahan pembetulan. Sesi pertama MBP yang dilancarkan pada tahun 2022 telah berjaya merawat 18 bayi dan kanak-kanak dari seluruh negara.
Tanpa ragu, kerjasama dan pelancaran MBP ini sangat bermakna bagi anak-anak kecil yang menghidap penyakit jantung kongenital.
Turut hadir ke program ini adalah YB. Dato' Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, YB. Tuan Daniel Gooi Zi Sen, Exco Belia, Sukan dan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, YBhg. Dato' Dr. Fazilah binti Shaik Allaudin, Pengarah Kesihatan Negeri Pulau Pinang, YBrs. Dr. Goh Hin Kwang, Pengarah Hospital Pulau Pinang (HPP), YBhg. Tun Dr. Ling Liong Sik, Canselor UTAR, His Excellency Mr. B.N. Reddy, Pesuruhjaya Tinggi India Ke Malaysia dan YBrs. Dr. Sreenivas Chodagam, Pengerusi Amanah Kesihatan dan Pendidikan Sri Sathya Sai.
