Mengambil gambar atau video tanpa kebenaran di premis Kementerian Kesihatan adalah DILARANG sama sekali.
Begitu juga dengan kekerasan terhadap anggota kesihatan, samada kekerasan fizikal, lisan ataupun bertulis (termasuk di media sosial), iaitu selaras dengan Garis Panduan Mencegah dan Menangani Kekerasan Terhadap Anggota di Fasiliti KKM.
Untuk makluman, terdapat pelbagai saluran aduan yang boleh dibuat secara rasmi, di mana ianya akan diteliti dengan sewajarnya.
Pautan untuk aduan rasmi menerusi SISPAA
http://moh.spab.gov.my/eApps/system/index.do
.
APAKAH TINDAKAN ANDA SEKIRANYA GAMBAR ANDA DI AMBIL OLEH WARIS/PESAKIT?
Sekiranya mana mana anggota kesihatan mendapati gambar anda di ambil tanpa kebenaran dan telah di sebarkan di media sosial,
1. Laporkan SEGERA kepada penyelia anda atau ketua jabatan
2. Laporkan kepada Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (KPAS)
3. Buat laporan polis (jika ada keperluan)
4. Menfailkan tindakan undang undang (jika perlu)
Hentikan KEKERASAN kepada anggota kesihatan
Rujukan
Garis Panduan Menangani dan Mencegah Kekerasan Terhadap Anggota Kesihatan