SAMBUTAN WORLD RADIATION DAY 2019
Majlis Perasmian Sambutan World Radiation Day 2019 Peringkat Negeri Pulau Pinang telah diadakan pada 7 November 2019 di Foyer B, Hospital Pulau Pinang. Tema sambutan pada tahun ini ialah “Radiation for Peace”. Sambutan World Radiation Day 2019 Peringkat Negeri Pulau Pinang ini diadakan bersempena sambutan Hari International Day of Medical Physics pada 7 November dan Hari Radiografi Sedunia pada 8 November setiap tahun. Ia disambut bagi memperingati peristiwa penemuan X-ray yang telah ditemui oleh Wilhem Conrad Rontgen pada tahun 1895.
Majlis telah dirasmikan oleh YBrs. Dr. Asmayani Binti Khalib, Pengarah Kesihatan Negeri Pulau Pinang dan turut dihadiri oleh Dr. Teo Gim Sian, Pengarah Hospital Pulau Pinang, Dato’ Dr. Hajah Salwah Binti Haji Hashim, Ketua Jabatan Radiologi Hospital Pulau Pinang merangkap Penasihat World Radiation Day 2019, Pengarah-Pengarah dan Timbalan-Timbalan Pengarah Hospital Negeri, Pegawai-Pegawai Kesihatan Daerah serta Ketua-Ketua Jabatan.
Tujuan sambutan ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan kepada orang ramai dan anggota kesihatan mengenai bidang radiologi, meningkatkan kesedaran tentang kepentingan aspek perlindungan sinaran kepada pekerja, pesakit dan orang awam semasa menjalankan prosedur x-ray dan perubatan nuklear serta memupuk amalan kerja yang baik di kalangan pekerja sinaran.
Sambutan World Radiation Day 2019 Peringkat Negeri Pulau Pinang pada kali ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Perlindungan Sinaran Hospital Pulau Pinang (HPP) dengan kerjasama Jabatan Radiologi HPP, Jabatan Perubatan Nuklear HPP, Jabatan Radioterapi dan Onkologi HPP dan Cawangan Kawalselia Radiasi Perubatan, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang bersama Persatuan Pegawai Sains Fizik Kementerian Kesihatan Malaysia (PERFEKS).
Program pada tahun ini turut sama dijayakan oleh Jabatan Kardiologi HPP serta gabungan Jabatan Radiologi dari Hospital Seberang Jaya, Hospital Bukit Mertajam, Hospital Kepala Batas dan Hospital Sungai Bakap. Pelbagai aktiviti menarik telah disusun bagi memeriahkan sambutan yang diadakan pada kali ini. Antaranya pameran, ceramah, pemeriksaan kesihatan dan banyak lagi.


![IMG-20191107-WA0019[1].jpg](http://jknpenang.moh.gov.my/jknpenang/images/IMG-20191107-WA00191.jpg)










