CAWANGAN KAWALAN AMALAN PERUBATAN SWASTA (CKAPS)

Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta (CKAPS), Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang telah ditubuhkan pada tahun 2003 bagi mengawal (control), mengawalselia (regulate) dan memantau (monitor) pelbagai jenis kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan swasta. Fungsi utama UKAPS adalah untuk pelaksanaan dan penguatkuasaan Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta (KPJKS) 1998 [Akta 586] yang telah dikuatkkuasa pada 1 Mei 2006 bagi mengantikan Akta Hospital Persendirian 1971. UKAPS juga dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan dan menguatkuasakan akta-akta lain yang berkaitan dengan Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta lain yang dikuatkuasakan dari semasa ke semasa seperti Akta Makmal Patologi 2007, Akta Kesihatan Mental 2001, Akta Peranti Perubatan 2012 serta Akta Optik 1991. Secara keseluruhannya, pencapaian aktiviti UKAPS bagi tahun 2016 adalah memuaskan dan mencapai sasaran yang telah ditetapkan.

PENGURUSAN CKAPS

Pengurusan CKAPS Pulau Pinang diketuai oleh seorang ketua unit Gred UD 54 dan dibantu oleh 4 orang Pegawai Perubatan dari Gred UD44 hingga UD52, seorang Penyelia Penolong Pegawai Perubatan Gred U36, 4 orang Jururawat Gred U32, 2 orang Penolong Pegawai Perubatan Gred U32, seorang Pembantu Tadbir N17 dan seorang pemandu.

Untuk memantapkan perkhidmatan, organisasi unit ini telah dibahagikan kepada beberapa sub unit untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti perkhidmatan teras seperti Unit Pendaftaran, Unit Pelesenan, Unit Aduan dan Penguatkuasaan. Semua aktiviti UKAPS yang dijalankan adalah berpandukan Prosedur Operasi Piawai (SOP) yang sedia ada.

AKTIVITI CKAPS

i. Pendaftaran Semua klinik perubatan swasta dan klinik pergigian swasta perlu berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia seperti yang diperuntukkan di bawah Cawangan 27, Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 [Akta 586]. Apabila sesebuah klinik itu telah berdaftar, adalah mudah untuk mengawal dan mengawalselia klinik tersebut bagi memastikan semua peruntukkan di dalam Akta dan Peraturan dipatuhi.

ii. Pelesenan Sehingga 31 Disember 2016, terdapat 72 Kemudahan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan swasta (KPJKS) yang dilesenkan di negeri Pulau Pinang yang terdiri daripada 41 buah Pusat Hemodialisis Swasta, 21 buah Hospital Swasta, 1 buah Hospis Swasta dan 9 buah Pusat Jagaan Ambulatori Swasta (ACC).

    Aktiviti utama unit pelesenan ialah memproses permohonan pembaharuan lesen dari semua KPJKS yang berlesen setiap 2 tahun sekali sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Cawangan 22, Akta 586. Walau bagaimanapun, permohonan bagi memperbaharui lesen hendaklah dibuat enam bulan sebelum tarikh tamat tempoh lesen tersebut.

iii. Aduan Pengurusan aduan terhadap KPJKS adalah tertakluk kepada Cawangan 36, Akta 586 dan Peraturan 40, PeraturanPeraturan Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta (Hospital Swasta Dan Kemudahan Jagaan Kesihatan Swasta Lain) 2006 atau Peraturan 27, Peraturan-Peraturan Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta (Klinik Perubatan Swasta atau Klinik Pergigian Swasta) 2006. 

iv. Penguatkuasaan

Aktiviti penguatkuasaan dijalankan dengan membuat  pemantauan, intipan dan risikan untuk memastikan kepatuhan kepada Akta 586 dan Peraturan KPJKS