Cawangan Perubatan Tradisional & Komplementari (CPTK) Zon Utara

Fungsi cawangan ini adalah merancang, menyelaras, menyelia dan melaksanakan aktiviti pemantauan, pendidikan, promosi, pengendalian aduan dan penguatkuasaan akta / peraturan  yang berkaitan dengan perkhidmatan perubatan tradisional dan komplementari  di negeri Pulau Pinang, Kedah dan Perlis dengan teratur, cekap dan berkesan.