UNIT MEDIKOLEGAL

Unit Mediko-legal Unit Medikolegal telah ditubuhkan secara rasmi pada tahun 2015 akibat peningkatan kes-kes aduan berpotensi medikolegal dan kes saman yang melibatkan anggota kesihatan di Pulau Pinang. Unit ini menguruskan semua kes-kes di semua fasiliti kesihatan di Pulau Pinang dan mendapat bantuan dan nasihat secara terus dari Cawangan Medikolegal, Bahagian Amalan Perubatan, KKM. Bagi aduan yang tidak dikelaskan sebagai berpotensi atau medikolegal, aduan diuruskan Unit Aduan, Bahagian Pengurusan JKNPP.

Objektif Menguruskan kes-kes aduan berpotensi medikolegal dan kes-kes saman secara sistematik dan efektif.

Aktiviti Utama

Pengurusan Kes

• Perjumpaan Bersama Pengadu mengikut keperluan kes.

• Meneliti kes, menyarankan penubuhan Jawatankuasa Siasatan Dalaman (JKSD) Kes dan menghadiri mesyuarat JKSD jika perlu.

• Menguruskan penubuhan Jawatankuasa Siasatan Bebas(JKSB) Kes apabila diarahkan Bahagian Amalan dan menghadiri mesyuarat sebagai wakil Pengarah Kesihatan Negeri.

• Menguruskan penubuhan Jawatankuasa Pengurusan Kes Saman (JKPKS) bagi kes-kes yang dibawa ke Mahkamah apabila diarahkan Bahagian Amalan dan menghadiri mesyuarat sebagai wakil Pengarah Kesihatan Negeri.

• Mempengerusikan Mesyuarat Penawaran Ex Gratia sebagai wakil Pengarah.

• Menganggotai Jawatankuasa Tindakan Lampiran A Kes berkaitan.

• Pelaporan Kes dan Perkembangan Kes kepada Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan) dan Pengarah Kesihatan Negeri.