CAWANGAN KUALITI PENJAGAAN PERUBATAN

Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan di Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang berperanan dan bertindak sebagai badan yang memantau dan menyelaras program-program berkaitan inisiatif kualiti perkhidmatan kesihatan di setiap hospital KKM di negeri Pulau Pinang.

Cawangan ini dianggotai oleh 3 orang Pegawai Perubatan (Ketua Penolong Pengarah Kanan) dan dua orang Ketua Jururawat.

Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan sentiasa mendapat nasihat dan bimbingan daripada Pengarah Kesihatan Negeri dan Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan). Cawangan ini juga sentiasa berganding bahu dan bekerjasama dengan semua unit kualiti di setiap hospital di negeri Pulau Pinang bagi melancarkan dan menjayakan setiap program kualiti yang dijalankan terutamanya dalam meningkatkan mekanisma penambahbaikan dalam mempromosikan bentuk, tatacara atau kaedah baru yang boleh digunapakai dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan hospital-hospital.

Berikut adalah portfolio bagi cawangan ini:
- KPI PKN /TPKN/ HPIA/ CLISQI
- Patient Safety
- P5VS & Pain Free Programme
- POMR
- CPG
- Lean Healthcare
- ISO & Akreditasi
- Initiative Kualiti ( QA/ Audit Klinikal/ Inovasi / KIK )
- Infection control
- Woundcare
- Surgical Site Infection
- Piagam Pelanggan Teras KKM

Klik untuk maklumat lanjut tentang Program Bebas Kesakitan (Pain Free Program)