UNIT REKOD PERUBATAN
Unit Rekod Perubatan berperanan menguruskan aktiviti pengurusan rekod perubatan, pengurusan lembaga perubatan, pengurusan statistik hospital, klinik-klinik kesihatan dan juga hospital/rumah bersalin swasta serta aspek lain yang berkaitan dengan fungsi unit ini sebagai pengurus maklumat bahagian perubatan. Unit ini juga bertanggungjawab untuk menguruskan perkara-perkara berkaitan dengan perkhidmatan rekod perubatan agar mematuhi garispanduan dan prosedur yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bagi membantu dalam memberikan perkhidmatan rawatan perubatan yang cekap dan berkesan.
OBJEKTIF KUALITI UNIT REKOD PERUBATAN
Terdapat 2 objektif kualiti yang perlu dicapai iaitu:
Objektif Kualiti 1:
• Pengurusan Sistem Maklumat Kesihatan (HIMS) Memastikan reten-reten bulanan diterima dan dikumpul daripada hospital-hospital dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) pada atau sebelum 15hb.dan menghantar laporan kompilasi kepada Pusat Informatik Kesihatan, KKM pada 21hb.bulan berikutnya.
• Metodologi Satu indikator yang terdapat dalam prosedur kerja dan merupakan faktor pengukur kualiti pengurusan sistem maklumat kesihatan.Piawaian yang telah ditetapkan ialah mesti mencapai 100% dalam penghantaran retenreten mengikut tempoh yang telah ditetapkan.Sekiranya pencapaian kurang dari 100% ianya adalah ‘shortfall in quality (SIQ)’.Hanya reten pesakit luar yang diambilkira disebabkan reten adalah dalam bentuk manual dan tidak menggunakan sistem online.Untuk pengukuran pencapaian, laporan yang dihantar ke Pusat Informatik Kesihatan (PIK) mengikut tempoh sahaja yang dikira dalam pemantauan.Jumlah reten yang dihantar adalah sebanyak 9 buah iaitu PL-203, PL-205, PL-206, PL-207, PL-209, PL-210, PL-210A, PL-211 dan PL-212.Pengiraan data bulanan adalah berdasarkan kepada reten bulan sebelumnya.
• Standard Semua reten hendaklah dihantar ke Pusat Informatik Kesihatan pada atau sebelum tarikh yang ditetapkan iaitu 21hb, setiap bulan.
• Sampel Semua reten pesakit luar yang diterima dari hospital dan Pejabat Kesihatan Daerah setiap bulan.
Objektif Kualiti 2:
• Lembaga Perubatan hendaklah ditubuhkan dalam tempoh 42 hari dari tarikh terima surat permohonan penubuhan diterima dari pihak majikan/agensi.
• Metodologi Satu indikator yang terdapat dalam prosedur kerja dan merupakan faktor pengukur kualiti pengurusan pemprosesan permohonan lembaga perubatan.Piawaian yang telah ditetapkan ialah mesti mencapai 100% dalam pemprosesan permohonan lembaga perubatan yang diterima dari pihak majikan/agensi mengikut tempoh yang telah ditetapkan.Sekiranya pencapaian kurang dari 100% ianya adalah ‘shortfall in quality (SIQ)’. Untuk pengukuran pencapaian, tempoh pemprosesan permohonan lembaga perubatan adalah selama 42 hari bermula dari tarikh terima permohonan penubuhan lembaga perubatan dari pihak majikan/agensi sehingga tarikh penubuhan lembaga perubatan yang dijalankan oleh pihak hospital.
• Standard Tempoh pemprosesan lembaga perubatan adalah selama 42 hari bermula dari tarikh terima permohonan dari pihak majikan/agensi sehingga tarikh laporan lembaga perubatan dikeluarkan oleh pihak hospital. • Sampel Semua permohonan penubuhan lembaga perubatan yang diterima dari pihak majikan/agensi.