UNIT PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN NEGERI (BAHAGIAN PERUBATAN)

Unit Penolong Pegawai Perubatan (Bahagian Perubatan) diwujudkan untuk menyelaras perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan, Penolong Pegawai Perubatan Program Penempatan Wajib dan Pembantu Perawatan Kesihatan (Bahagian Perubatan) dalam Negeri Pulau Pinang.

Unit Penolong Pegawai Perubatan (Bahagian Perubatan) adalah di bawah Bahagian Perubatan, Jabatan Kesihatan Negeri yang diketuai oleh Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri dan dikawal selia oleh Bahagian Perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan Negeri.

Fungsi utama Unit Penolong Pegawai Perubatan (Bahagian Perubatan) adalah memberi penumpuan terhadap aspek perkembangan profesion dan pengurusan klinikal ke atas profesionalisme Penolong Pegawai Perubatan terutama dalam aspek-aspek pemberian perkhidmatan promotif, preventif, kuratif, diagnostik dan rehabilitatif kepada semua lapisan masyarakat seperti yang dinyatakan dalam Akta Pembantu Perubatan (Akta 180), Peraturan dan Kod Etika.

Diantara perkhidmatan yang diberikan adalah seperi liputan perubatan, pengurusan aset, pemantauan lawantan klinikal di Perubatan dan lain-lain.