| MENGENAI KAMI |
JABATAN KESIHATAN NEGERI PULAU PINANG
|
|
Pejabat Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang adalah Ibu Pejabat kepada Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang manakala Jabatan Kesihatan Negeri adalah cawangan Kementerian Kesihatan Malaysia bagi Negeri Pulau Pinang. Pejabat Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang yang dahulunya dipanggil sebagai 'Office Of Chief Medical And Health Officer' telah bermula kira-kira seratus tahun dahulu.
Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang ditubuhkan bagi pengurusan program kesihatan melalui perancangan yang strategik, pengurusan dan pengagihan sumber yang munasabah, perlaksanaan, pemantauan dan penilaian aktiviti-aktivitinya untuk memastikan perkhidmatan kesihatan dapat diberikan kepada masyarakat agar mencapai tahap kesihatan yang optimum sepanjang hayat.
Pejabat Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri mempunyai sebanyak 200 personel dan terbahagi kepada 6 bahagian utama seperti berikut;
-Bahagian Pengurusan - Beroperasi di Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, Jln. Residensi, 10450 George Town, Pulau Pinang.
-Bahagian Kesihatan Awam - Beroperasi di Tingkat 37 KOMTAR.
-Bahagian Perubatan -Beroperasi di Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, Jln. Residensi, 10450 George Town, Pulau Pinang.
-Bahagian Pergigian - Beroperasi di Tingkat 7 Bangunan Persekutuan, Jalan Anson.
-Bahagian Farmasi - Beroperasi di Tingkat 8 Bangunan Persekutuan, Jalan Anson.
-Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan - Beroperasi di Tingkat 38 KOMTAR.
| |
orang awam
- INFORMASI UMUM
COVID-19 : - Maklumat Terkini
National Pain Free Conference
Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan
PEKA B40, Lebih PeKa, Lebih Cakna
Aplikasi Pemakanan Sihat (MyNutri)
Ringkasan Laporan Pendaftaran Kanser Pulau Pinang Tahun 2009 - 2011
Ringkasan Laporan Pendaftaran Kanser Pulau Pinang Tahun 2012 - 2016
Aplikasi MySejahtera
Penilaian Risiko Kesihatan
Aduan dan Pertanyaan
WARGA
Pekeliling & Dasar Kerajaan
PENAFIAN :
Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
PENAFIAN PENTERJEMAHAN BAHASA :
Sila ambil perhatian bahawa kandungan portal yang dipaparkan selepas alih bahasa telah dibuat pengalihbahasaan secara automatik oleh komputer. Kebarangkalian untuk kandungan itu berbeza daripada maksud sebenar tidak dapat dielakkan. Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau salah maklumat yang mungkin terjadi dari kandungan yang telah dialih bahasa tersebut. Kandungan rasmi hanya pada portal yang asal yakni dalam Bahasa Malaysia.




