Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Negeri Pulau Pinang merupakan salah satu program perkhidmatan kesihatan di bawah Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang. BKKM berperanan dalam memastikan rantaian bekalan makanan dari ladang ke meja makan adalah selamat melalui punca kuasa berikut: Akta Makanan 1983 Peraturan - Peraturan Makanan 1985 Peraturan-Peraturan Makanan (Pengeluaran Sijil Kesihatan bagi Eksport Ikan dan Keluaran Ikan ke Kesatuan Eropah) 2009 Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 Peraturan-Peraturan Iradiasai Makanan 2011 Peraturan-Peraturan Makanan (Fi Analisis Makanan)2016 Akta Juruanalisis Makanan 2011 Peraturan-Peraturan Juruanalisis Makanan 2013 BKKM Negeri Pulau Pinang diketuai oleh Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Keselamatan dan Kualiti Makanan), Gred C54 dan mempunyai empat (4) cawangan utama iaitu Cawangan Pengurusan dan Pentadbiran, Cawangan Pematuhan Industri Makanan, Cawangan Penguatkuasaan dan Cawangan Makmal Keselamatan dan Kualiti Makanan. Pelaksanaan aktiviti keselamatan dan kualiti makanan sepanjang tahun 2019 di lapangan dilaksanakan oleh anggota Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan di Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut (TL), Pejabat Kesihatan Daerah Barat Daya (BD), Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), dan tiga (3) pintu masuk utama iaitu, Pintu Masuk Pelabuhan Pulau Pinang, Pintu Masuk Pelabuhan Butterworth dan Pintu Masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.
MESYUARAT PEMBUKAAN AUDIT KPI JABATAN KESIHATAN NEGERI PULAU PINANG

IMG 20200113 WA0003
IMG 20200113 WA0004 IMG 20200113 WA0005

 


Hospital Seberang jaya 1

IFSTC Leaflet 1

Ke Atas