
PENGENALAN SKIM
Kementerian Kesihatan Malaysia menawarkan skim pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI) iaitu salah satu skim di bawah Program Jaminan Keselamatan Makanan (PJKM) untuk industri makanan terutamanya Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) bagi memenuhi keperluan yang diperuntukkan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.
FI (YURAN)
Skim pensijilan adalah PERCUMA kepada semua industri makanan.
PROSEDUR PERMOHONAN
- Melengkapkan permohonan pensijilan MeSTI secara online di http://fosimdomestic.moh.gov.my
- Muat turun borang permohonan MeSTI -1/12-01 dari laman sesawang http://fsq.moh.gov.my
- Melampirkan dokumen-dokumen lain seperti:
3.1 Salinan Slip Pendaftaran Premis Makanan
3.2 Salinan SSM dan/atau Salinan lesen dan/atau kelulusan dari PBT yang masih sah dan/atau surat pengesahan daripada :
- Mana-mana agensi kerajaan (jika berkaitan)
3.3 Salinan Sijil Program Jaminan Keselamatan Makanan yang masih sah (jika ada) (contoh: Sijil GMP, HACCP)
3.4 Salinan Lesen Punca Air Minuman Berbungkus/ Air Mineral semulajadi (AMB/AMS) atau lesen penyediaan Ais daripada KKM (jika berkaitan)
3.5 Borang permohonan, MeSTI-1/12-01
3.6 Senarai semak permohonan, MeSTI-2/12-01
3.7 Senarai Semak Elemen, MeSTI 3/12-01
3.8 Carta Alir Pemprosesan
3.9 Senarai Produk
TEMPOH SAHLAKU SIJIL
Tiga (3) tahun dari tarikh sijil MeSTI dikeluarkan.
Bagi permohonan yang diluluskan berdasarkan pensijilan HACCP atau GMP, tempoh sah laku pensijilan MeSTI adalah berdasarkan tempoh sah laku pada sijil tersebut.

PENERANGAN LOGO
LATAR BELAKANG PUTIH
Melambangkan kebersihan, keikhlasan dan kesungguhan anggota Kementerian Kesihatan Malaysia semasa menjalankan tugas.
HATI BERWARNA MERAH
Melambangkan semangat dan komitmen anggota Kementerian Kesihatan Malaysia untuk meningkatkan mutu perkhidmatan.
TANGAN
Melambangkan keihlasan dan kesediaan untuk membantu.
SENTUHAN DI HATI
Melambangkan kelembutan, kemesraan dan keprihatinan semasa menjalankan tugas.
MOTO – “Kami Sedia Membantu”
Kami - Semua anggota Kementerian Kesihatan Malaysia bekerja sebagai satu pasukan untuk mencapai matlamat yang sama.
Sedia - Sentiasa bersiap sedia untuk memberi perkhidmatan secara profesional.
Membantu - Ikhlas semasa memberi bantuan dan menjalankan tugas.
Muat turun: Logo Rasmi KKM BUDAYA KORPORAT KKM
NILAI-NILAI TERAS
Penyayang Kami komited untuk menerima pelanggan dengan sikap ramah mesra dan penuh perhatian.
Kami bersedia memberi layanan dengan bersopan santun, responsif dan menghormati hak individu.
Kami bertanggungjawab memberi perkhidmatan yang mesra pelanggan.
Profesionalisme Kami komited untuk memberi perkhidmatan yang terbaik merangkumi etika dan taraf kerja yang dikehendaki serta prinsip anggota yang bertanggungjawab.
Kami percaya dalam memberikan perkhidmatan cemerlang dan sentiasa bersedia memenuhi harapan masyarakat.
Kerja Berpasukan Kami komited untuk bekerja sebagai satu pasukan dengan harmoni bagi mencapai matlamat yang sama.
JANJI KAMI
Kami Sedia Membantu Kami Komited terhadap keperluan anda Memastikan perkhidmatan yang adil, mesra, rasa hormat dan prihatin. Kami melaksanakan apa yang dirancang Menjanjikan anda tahap profesionalisme yang tertinggi dalam segala urusan penyampaian perkhidmatan.
Kami berdedikasi terhadap tugas Bekerjasama untuk mengukuhkan produktiviti dan meningkatkan kecekapan.
KOMITMEN KAMI
Kami komited memberikan perkhidmatan kepada setiap pesakit dengan penuh rasa kemesraan, kejujuran dan keikhlasan. Kami komited memberikan perkhidmatan yang efektif dengan bersikap profesional, tekun, mudah didekati dan bersopan santun. Kami komited bekerja sebagai satu pasukan untuk memastikan perkhidmatan yang diberikan sentiasa efisien, efektif dan produktif.
IKRAR BUDAYA KORPORAT KKM
Bahawasanya kami,
WARGA KERJA KKM, berikrar:
Memberi perkhidmatan yang terbaik, mesra dan profesional;
Memberi layanan secara saksama tanpa mengira pangkat, bangsa dan agama;
Bekerja sebagai satu pasukan yang efisien, efektif dan produktif;
Sedia membantu dengan ikhlas dan bertanggungjawab;
serta Komited untuk mencapai matlamat Kementerian.
|
PIAGAM PELANGGAN JABATAN KESIHATAN NEGERI PULAU PINANG
|
|
TERAS PIAGAM Piagam ini ditujukan khas kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang KEMUDAHAN UNTUK PELANGGAN
TARAF PERKHIDMATAN
MAKLUMAT PERKHIDMATAN
PENDIDIKAN KESIHATAN
KEWAJIPAN PELANGGAN Untuk membolehkan Jabatan kesihatan Negeri melaksanakan Piagam ini dengan berkesan, pelanggan adalah berkewajipan untuk :
|
Piagam Pelanggan Bahagian-Bahagian Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang














