Kes General Anaesthesia (GA) Dewan Bedah Hospital Bukit Mertajam (HBM) telah dimulakan semula pada 3 Februari 2025 (Isnin) setelah lima (5) tahun operasi Dewan Bedah (Kes GA) diberhentikan pada tahun 2020.

Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan) YBrs. Dr. Premalosini @ Maria a/p G. Ramanathan turut hadir ke Dewan Bedah HBM bagi memberikan sokongan pada hari ini.

Pada hari ini, sebanyak tiga (3) kes pembedahan (disiplin surgikal) telah dijalankan melibatkan seramai enam (6) anggota termasuklah Ketua Jururawat, seorang Pakar Anestesiologi dan seorang Pegawai Perubatan Anestesiologi serta dibantu oleh tiga (3) Pembantu Perawatan Kesihatan. Kes pembedahan pula dilakukan oleh seorang Pakar Pembedahan dan dibantu oleh dua (2) Pegawai Perubatan. Pembedahan hari ini telah bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir jam 2.00 petang.

Bermula dari hari ini, kes-kes elektif di bawah General Anaesthesia (GA) akan dilakukan mengikut disiplin yang ditetapkan, antaranya kes Obstetrik dan Ginekologi, Otorinolaringologi (Telinga, Hidung dan Tekak - ENT), Oftalmologi, Pembedahan Umum dan Ortopedik.

 

485678015 1060919492733243 626008051939949620 n

485370899 1060919726066553 8274690526831050465 n