Pengenalan
Sebelum ini, Jabatan Kecemasan Dan Trauma berkongsi tempat dengan Jabatan Pesakit Luar. Walaubagaimanapun, jabatan ini telah berpindah ke lokasi sekarang secara rasmi pada 9 Mac 2001.
Operasi jabatan ini meliputi pesakit dari Seberang Perai Tengah (luas kawasan : 235 KM persegi dangan 355,800 orang penduduk), Kulim, Selatan Perak, Klinik Swasta, Klilnik Kesihatan, Klinik Desa dan Hospital Swasta.
VISI
Jabatan Kecemsan dan Trauma menjadi sebuah jabatan yang memberikan perkhidmatan kecemasan yang berkualiti dan cemerlang.
MISI
Memberikan rawatan kecemasan yang terbaik dan terkini kepada semua pesakit tanpa mengira umur, jantina, ethnik dan agama dengan menggunakan segala kemudahan dan kepakaran yang terdapat di Hospital Bukit Mertajam.
OBJEKTIF
90% penghantaran ambulan kurang dari 5 minit selepas menerima panggilan berasas;
Memberi perkhidmatan kecemasan yang cekap dan cepat :
100% Kes Merah - Serta merta
100% Kes Kuning - 15 minit
70% kes Hijau - 90 minit
Menjalankan postmortem dalam masa 24 jam selepas menerima arahan bedah siasat.
Perkhidmatan
Antara perkhidmatan yang dijalankan di jabatan ini adalah :-
Perkhidmatan perawatan kes-kes kecemsan;
Perkhidmatan "Call Center";
Perkhidmatan pemeriksaan dan saringan "Neonatal JAundice";
Perkhidmatan pendaftaran masuk dan caj keluar hospital termasuk warga sing selepas waktu pejabat dan cuti am;
Perkhidmatan forensik dan pengurusan mayat untuk pesakit luaran dan dalaman;
Perkhidmatan Pusat Khidmat Sepadu : "One Stop Crisis Centre";
Perkhidmatan berkhatan (setahun sekali);
Perkhidmatan Pasukan Perubatan; dan;
Perkhidmatan bantuan bencana.