Pengarah

Hospital Bukit Mertajam

Dr. PRASHANT A/L SUBRAMANIAN

No. Tel : 04-5497333 / 301

No. Faks : 04-5497299

Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Salam Sejahtera,

Terima kasih kerana saya diberi peluang untuk menyampaikan sepatah dua kata di dalam laman web Hospital Bukit Mertajam. Laman web ini telah berjaya dibangunkan oleh Unit Teknologi Maklumat, Hospital Bukit Mertajam sejak tahun 2009.

Kemunculan kemajuan teknologi siber dan ledakan teknologi maklumat telah mengubah cara kerja dan gaya hidup manusia dari segenap aspek. Segala urusan berjalan dengan pantas dan segala maklumat yang disalurkan tersebar dengan meluasnya.

Hospital Bukit Mertajam juga tidak ketinggalan untuk menyertai arus ini dan sememangnya sentiasa peka kepada perkembangan dan perubahan yang berlaku dalam teknologi semasa. Hospital Bukit Mertajam sentiasa berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pengguna, baik dari segi perkhidmatan kesihatan mahupun penyampaian maklumat. Saya yakin dengan adanya portal ini, maklumat yang diperlukan dapat diperolehi secara telus, tepat dan cepat.

Adalah menjadi harapan saya juga agar portal HBM ini menjadi wadah utama dalam penyampaian maklumat berkaitan Hospital Bukit Mertajam kepada semua pengguna. Justeru itu, saya memohon kepada anda sebagai pengguna laman ini dapat memberikan cadangan penambahbaikan bagi memastikan ianya benar-benar  bermanfaat dan memenuhi keperluan pengguna. Bagi merealisasikan impian ini, sebarang cadangan, penambahbaikan dan pandangan yang membina amat dialukan-alukan.

Sekian terima kasih.

Selamat melayari Laman Web Hospital Bukit Mertajam.