Pengenalan
Makmal Patologi dan Transfusi Perubatan, Hospital Bukit MErtajam menyediakan perkhidmatan diagnostik bagi program rawatan pesakit luar dan rawatan pesakit dalam.
Makmal ini terdiri daripada 4 bahagian iaitu:
- Patologi Kimia
- Transufsi Perubatan
- Klinikal Hematologi
- Mikrobiologi
Visi
Menyediakan Perkhidmatan Patologi yang Cekap, Tepat & Verinovasi berlandaskan sistem kualiti yang memenuhi kepuasan pelanggan.
Misi
Perkhidmatan Patologi akan menjadi satu perkhidmatan yang cemerlang menggunakan teknolgi yang sesuai, terkini dengan anggota yang berilmu, berjiwa murni, peka terhadap keperluan pelanggan berteraskan budaya kualiti dan kerja berpasukan serta profesionalisma demi kecemerlangan rawatan pesakit.
Objektif
Makmal Patologi dan Transusi Perubatan menyediakan perkhidmatan diagnostik yang berkualti, cekap dan berkesan serta menyediakan perkhidmatan dan transfusi darah yang selamat.
Perkhidmatan
Antara perkhidmatan yang ditawarkan di jabatan ini adalah :
- Skop perkhidmatan Unit Makmal Patologi adalah merangkumi penerimaan sepcimen, analysis sampel, validasi keputusan hingga keputusan ujian diberi kepada pemohon.
- Untuk ujian yang tidak disediakan, sampel akan dioutsourcekan ke makmal rujukan yang ditentukan.
- Tabung Darah menyediakan perkhidmatan pendermaan darah secara berkumpulan dan individu manakala Unit Transfusi Perubatan memastikan pembekalan darah yang mencukupi dan selamat kepada pelanggan.