Pengenalan
Unit Pengimejan Diagnostik Hospital Bukit Mertajam diwujudkan untuk memberi perkhidmatan Radiologi Am dan Khas kepada penduduk Daerah Bukit MErtajam dan sekitarnya tanpa mengira bangsa dan agama.
VISI
Memberi perkihdmatan Radiologi yang profesional dengan menitikberatkan unsur-unsur penyayang dan semangat kerja berpasukan tanpa mengira bangsa dan agama.
MISI
Untuk memberi perkhidmatan Radiologi yang berkualiti, bermutu tinggi dan cepat kepada pesakit-pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan di hospital ini
OBJEKTIF
Unit Pengimejan Diagnostik Hospital Bukit Mertajam diwujudkan untuk memberi perkhidmatan Radiologi Am, Radiologi Khas, dan Fluoroskop Bergerak di Dewan Bedah, di dalam waktu pejabat atau di luar waktu pejabat untuk semua kes-kes X-Ray Kecemasan.
Perkhidmatan
Perkhidmatan yang disediakan:
- Pemeriksaan Radiologi Am Tanpa Kontras Media
- Pemeriksaan Radiologi Am Dengan Kontras Media
- Pemeriksaan Fluoroskopi Di Dewan Bedah
- Pemeriksaan Ultrasound
- Pemeriksaan X-Ray Kecemasan 24 Jam