Pengenalan
Jabatan Otorinolaringologi Hospital Bukit Mertajam telah diwujudkan bagi keperluan pelanggan di kawasan Seberang Perai, Pulau Pinang. Lokasinya terletak berhampiran dengan Unit ICU dan Wad 5. Jabatan ORL beroperasi selama 5 hari seminggu termasuk pada hari Khamis di mana pembedahan untuk kes-kes Otorinolaringologi dijalankan.
Jabatan Otorinolaringologi Hospital Bukit Mertajam mula beroperasi pada 23 April 2001. Ketika itu, terdapat 4 orang kakitangan yang bertugas dalam memberikan rawatan kepada para pesakit. Pada tahun 2004, perkhidmatan terapi pertuturan dan bahasa mula beroperasi dengan menempatkan seorang Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan).
Jabatan Otorinolaringologi terus mengorak langkah dengan memperkembangakan sistem penyampaian perkhidmatan kepada semua para pelanggan. Pada tahun 2008, perkhidmatan pemulihan pendengaran (Audiologi) pula diwujudkan.
Terkini, Jabatan Otorinolaringologi Hospital Bukit Mertajam terus melangkah maju dan kompiten dengan menyediakan perkhidmatan rawatan dan rehabilitasi terbaik dengan kelengkapan fasiliti terbaru kepada pelanggan Kementerian Kesihatan Malaysia khususnya untuk warga Pulau Pinang.
VISI
Menyediakan kepakaran Otorinolaringologi yang unggul selaras dengan kemajuan sistem perkhidmatan kesihatan di negara ini.
Semua pelanggan akan diberikan perkhidmatan yang berkualiti serta layanan yang adil dan saksama.
Membuat pengesanan awal penyakit dan menyediakan rawatan pemulihan rehabilitasi yang efektif untuk semua pelanggan.
MISI
Bertekad untuk mewujudkan sebuah perkhidmatan yang profesional, berdisiplin dan berdaya saing.
Menyediakan perkhidmatan rawatan yang terbaik dan berkualiti.
Menyediakan latihan berterusan untuk meningkatkan mutu serta kemahiran semua kakitangan ke arah merealisasikan visi jabatan.
Memberi pendidikan kesihatan kepada oerang awam bagi memupuk kesedaran mengenai penyakit telinga, hidung dan tekak.
OBJEKTIF
Mengamalkan budaya kerja berpasukan, penyayang dan profesionalisma di kalangan anggota jabatan. | |
Melahirkan anggota yang mahir, berkomitmen tinggi dan terbaik dalam memberikan perkhidmatan serta rawatan. | |
Memberikan perkhidmatan kepakaran perubatan yang adil dan terkini kepada masyarakat sejajar dengan kemajuan teknologi semasa. | |
Menjadikan sebuah jabatan yang unggul dan sentiasa mendokong aspirasi negara untuk mencapai matlamat hidup sihat. |
Perkhidmatan
Pemeriksaan telinga, hidung dan tekak
Pure Tone Audiometri
Tympanometri
Play Audiometry
BERA & OEA
Hearing Screening
Terapi Pertuturan & bahasa
Rigid Endoscopy
Flexible Endoscopy
Examination Under Microscope
Ear Toilet
Dressing
Incision and Drainge
Pembedahan Kecil
Pembedahan Elektif dan Kecemasan
Pendidikan Kesihatan