Pengenalan
Unit Pemulihan Carakerja telah beroperasi semala lapan tahun di Hospital Bukit Mertajam dan mula beroperasi pada 17 September 2007. Unit ini telah memberikan rawatan kepada pesakit-pesakit di kawasan Seberang PErai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.
Unit ini juga menerima kes-kes rujukan daripada hospital yang berdekatan seperti Hospital Seberang Jaya, Hospital Pulau Pinang, Hospital Sungai Bakap, klinik-klinik kesihatan berdekatan dan juga hospital dari daerah neger-negeri yang lain.
Jumlah pesakit yang mendapat rawatan di unit ini telah bertambah dari masa ke semasa. Pada tahun 2015, jumlah pesakit yang telah menerima rawatan ialah seramai 3041 orang yang terdiri daripada pesakit dalam dan pesakit luar. Manakala bilangan rawatan (modaliti rawatan) yang diberikan sebanyak 19518 unit.
VISI
Memastikan setiap wad/bahagian mempunyai Jurupulih Perubatan Carakerja yang menjalankan program pemulihan carakerja dengan sepenuh masa dan seterusnya memperluaskan perkhidmatan ini ke bidang kesihatan dan komunii negeri Pulau Pinang.
MISI
mempromosikan perkhidmatan pemulihan carakerja kepada pesakit, kumpulan perubatan yang lain dan orang awam melalui program pendidikan, ceramah dan program promosi kesihatan.
memperluaskan skop perkhidmatan pemulihan carakerja dalam hospital, kesihatan dan pemulihan dalam komuniti.
mempertingkatkan skil rawatan dan pengetahuan anggota-anggota organisasi melalui program pembelajaran berterusan.
menambahkan peralatan rawatan pemulihan dari masa ke semasa sejajar dengan perkembangan IT negara.
OBJEKTIF
Memberikan perkhidmatan Pemulihan Carakerja yang berkualiti mengikut kemampuan kepada pesakit-pesakit melalui aktiviti terapeutik dengan mengutamakan pencapaian tahap kefungsian yang maksimum.
Perkhidmatan
Perkhidmatan Pemulihan Carakerja disediakan untuk pesakit dalam, pesakit luar, dan klinik kesihatan, institusi dan komuniti di agensi kerajaan. Perkhidmatan yang diberikan seperti yang disenaraikan :
1. Pemulihan Carakerja di bidang Ortopedik
Tangan dan anggota atas
Kecederaan saraf tunjang
Kecederaan saraf periferi
Musculoskeletal
Amoutasi
2. Pemulihan Carakerja di bidang Psikiatri & Kesihatan Mental
Adult Psychiatry
Kanak-kanak & Remaja
Psikogeriatik
Pemulihan Psikososial
3. Pemulihan Carakerja di bidang Pediatrik
Neurologi Pediatrik
Neonatal
4. Pemulihan Carakerja di bidang Perubatan Am
5. Pemulihan Carakerja di bidang Neurologi
6. Pemulihan Carakerja di bidang Pembedahan Am
7. Pemulihan Carakerja di bidang Neurosurgery
8. Pemulihan Carakerja di bidang Plastic dan Reconstructive
9. Pemulihan Carakerja di bidang Onkologi
10. Pemulihan Carakerja di bidang Kardiak