Pengenalan
Unit Kejururawatan ditubuhkan selaras dengan pembinaan Hospital Bukit Mertajam pada 1 Oktober 1890. Perawatan untuk pesakit dalam pada ketika itu hanya mempunyai empat wad dengan jumlah katil sebanyak 52 buah dan memberi perkhidmatan dalam dua disiplin utama iaitu perubatan dan sakit puan. Jumlah kemasukan pesakit pada ketika itu seramai 168 orang. Pada tahun 1892, hospital ini menerima tambahan katil kepada 70 buah dan kini telah beroperasi sebanyak 242 katil.
VISI
Unit Kejururawatan akan menjadi pasukan kesihatan profesional yang dinamik dan responsif di mana setiap jururawat mampu memberikan perkhidmatan yang cekap dan berkesan secara profesional dengan mencerminkan sikap penyayang di samping menggalakkan penjagaan kesihatan kensiri dan penglibatan komuniti ke arah peningkatan kualiti kehidupan.
MISI
Meninggikan piawaian dan kualiti perawatan pesakit ke tahap yang optima menerusi pembangunan kerjaya kejururawatan yang profesional, penyayang dan semangat kerja berpasukan.
OBJEKTIF
1. Memastikan penjagaan dan perawatan pesakit dengan berkualiti berkonsepkan perancangan, pelaksanaan dan pengekalan standard piawaian yang optima.
2. Menganjurkan dan mengadakan kursus dan latihan, persidangan, bengkel, taklimat serta sesi orientasi ke arah pembangunan kerjaya anggota kejururawatan.
3. Menyelaraskan dan menggunakan sumber tenaga yang sedia ada dalam membantu perawat pesakit.
4. Mewujudkan semangat kerja berpasukan secara penglibatan menyeluruh antara unit / jabatan lain untuk mencapai objektif organisasi.
5/ Merangka dan melaksanakan penyelidikan perawatan pesakit dan kebajikan anggota.