Pengenalan
Unit Teknologi Maklumat merupakan satu unit di bawah pengurusan hospital. Unit ini bertanggungjawab terhadap segala peralatan dan perkakasan ICT, menyelenggara sistem rangkaian dan pengoperasian serta berusaha untuk memaksimumkan penggunaan ICT di kalangan warga kerja Hospital Bukit Mertajam.
VISI
Berusaha ke arah menjadikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) sebagai pemangkin dalam merealisasikan visi, misi serta objektif Hospital BUkit Mertajam.
MISI
Memastikan program Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Hospital Bukit Mertajam dirancang, diselenggara dan dimajukan secara terperinci untuk meningkatkan penggunaan teknologi dan keberkesanan fungsi organisasi dalam perkhidmatan awam.
OBJEKTIF
|
Mengadakan khidmat bantuan dalam membangun dan mengurus sistem maklumat yang cekap dan berkualiti. |
|
Memastikan pembangunan sistem, kualiti, keselamatan dan kesahihan maklumat mengikut piawaian yang telah ditetapkan. |
|
Memastikan kesediaan (availability) infrastruktur ICT berada pada tahap tinggi. |
|
Memastikan budaya ICT diterapkan ke dalam tadbir urus dan diamalkan oleh warga Hospital Seberang Jaya. |
Perkhidmatan
|
Menyelaras pelaksanaan program kerajaan elektronik (eG) seperti HRMIS, e-SPKB, e-Perolehan dan sebagainya. |
|
Menyelaras implementasi projek aplikasi Kementerian Kesihatan Malaysia seperti Telekonsultansi, SMRP, MyCPD dan sebagainya. |
|
Mengendali 'backup/recovery' untuk sistem-sistem kritikal jabatan seperti SMRP, sistem rawatan harian dan sebagainya. |
|
Mengendali meja bantuan (helpdesk), khidmat bantuan teknikal serta operasi penyelenggaraan dan pembaikan peralatan ICT. |
|
Mengkaji, merancang dan menganalisis keperluan peralatan ICT dan melaksana perolehan pelaratan dan perisian ICT |
|
Mengurus dan mentadbir terhadap pengurusan emel rasmi di jabatan. |
|
Mengurus dan menyelia pengagihan peralatan ICT dan pelupusan peralatan ICT. |
|
Merancang, mengurus dan menyelia perolehan, pemasangan dan penyelenggaraan sistem dan rangkaian dalaman. |
|
Membangun, mentadbir dan mengemaskini portal jabatan. |
|
Mengurus pinjaman peralatan ICT untuk mesyuarat, bengkel atau seminar. |
|
Menyedia bahan-bahan taklimat / persembahan powerpoint atau multimedia untuk mesyuarat / taklimat khas / majlis rasmi jabatan. |
|
Merancang dan menyedia latihan dalaman berkaitan ICT kepada kakitangan hospital. |