Latar Belakang Hospital
Hospital Bukit Mertajam mempunyai empat wad dengan jumlah katil sebanyak 52 buah dan memberi perkhidmatan dalam dua disiplin utama iaitu Perubatan dan Sakit Puan. Jumlah kemasukan pesakit pada ketika itu seramai 168 orang. Kemudiannya, hospital ini menerima tambahan katil kepada 70 buah. Hospital Bukit Mertajam merupakan hospital berpakar dengan bilangan katil sebanyak 450. Walaubagaimanapun, hospital ini telah disusun semula kepada Hospital Tanpa Pakar dengan 242 katil apabila Hospital Seberang Jaya memulakan perkhidmatannya. Kini Hospital ini menyediakan kepakaran dalam pelbagai disiplin antaranya Perubatan, Sakit Puan dan Kanak-kanak, Pakar Mata, Telinga Hidung dan Tekak serta Psikiatri. Hospital ini terletak 13KM daripada Hospital Seberang Jaya yang berfungsi sebagai Hospital Rujukan Utama. |