Pengenalan
Unit Penyeliaan Hospital merupakan satu unit sokongan yang penting bagi mengurus dan menjaga kepentingan profesyen serta kebajikan Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan.Unit ini terlibat secara langsung dalam pengagihan dan penempatan anggota paramedik bagi sistem perawatan pesakit secara keseluruhanya.Selain itu, unit ini turut menjalankan pemantauan amalan klinikal dan kod etika.
VISI
Menjana pasukan sokongan perubatan yang kompeten dan berdedikasi dengan sentiasa mempertingkatkan mutu perkhidmatan yang diberi kepada pesakit secara berterusan.
MISI
Menyediakan Perkhidmatan Penyeliaan Klinikal yang kompeten dan berdedikasi kepada anggota di bawah jagaan supaya setiap aktiviti perkhidmatan diberi secara profesional dan efektif memenuhi keperluan pelanggan.
OBJEKTIF
Memastikan perkhidmatan yang diberi oleh Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan dilaksanakan secara profesional, cekap dan berkualiti sepanjang masa. | |
Mengurus sumber manusia dibawah kawalan dengan cekap dan mengoptimakan bilangan anggota di sesuatu unit atai jabatan mengikut kepentingan perkhidmatan. | |
Merangka dan melaksanakan program latihan jangka pendek dan jangka panjang secara berterusan dan berkesan kepada anggota di bawah jagaan. |
Perkhidmatan
Pengurusan sumber manusia iaitu perjawatan pegawai (database), permohonan perjawatan baru, penempatan pegawai, pengagihan pegawai dan tatakelakuan pegawai. | |
Pentadbiran dengan menjalankan mesyuarat berkala unit Penyeliaan Penolong Pegawai Perubatan dan mesyuarat jabatan hospital. | |
Penyeliaan Klinikal iaitu SOP dan CPG KKM, dokumentasi klinikal, kawalan jangkitan infeksi, audit klinikal dan keselamatan pesakit. | |
Perkhidmatan rawatan pra hospital dan ambulans kecemasan, pusat panggilan abulans kecemasan (MECC),intrafasiliti dan interfasiliti. | |
Pematuhan akta dan peraturan. | |
Pengurusan latihan , menguruskan orientasi anggota baru, merancang latihan, menyelaraskan latihan, menyediakan laporan latihan industri, menguruskan buku log mycpd dan menyelaraskan latihan Tahap 1,2,dan 3 bagi Pembantu Perawatan Kesihatan. | |
Penyelidikan yang melibatkan perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan an Pembantu Perawatan Kesihatan. | |
Tugas atas panggilan, Clinical Supervision di jabatan-jabatan yang melibatkan anggota di bawah seliaan, penyediaan jadual tugas atas panggilan, pemantauan terhadap anggota yang melakukan tugasan atas panggilan, semak laporan harian, dan penyediaan laporan kepada Pengarah Hospital. | |
Pengurusan bencana. |