Pengenalan
Bidang Kerja Sosial Perubatan wujud sebagai satu perkhidmatan untuk membatu pesakit mencapai tahap kesihatan yang lebik baik dengan mengurus fungsi individu, keluarga dan komuniti melalui pendekatan kerja kes, kerja kelompok, dan kerja komuniti.
Unit ini mula beroperasi di Hospital Bukit Mertajam sejak 1 Mac 1989. Profesional yang bertugas di dalam perkhidmatan ini dikenali sebagai Pegawai Kerja Sosial Perubatan (PKSP) dalam kategori Allied Health Professional (AHP) Lementerian Kesihatan Malaysia.
Secara amnya, PKSP menangani pelbagai isu psikososial dan sosioekonomi pesakit yang dirujuk oleh pakar dan pegawai-pegawai perubatan dari semua jabatan klinikal/ disiplin yang ada di hospital yang melibatkan pendekatan multi-disiplin.
Menganggotai Jawatankuasa Penasihat Perubatan (MAC) peringkat hospital di bawah Direktorar Sokongan Klinikal & Diagnostik.
VISI
Ke arah meningkatkan kesejahteraan sosial masyarakat.
MISI
Memberi perkhidmatan sosial yang berkualiti dan professional kepada pesakit-pesakit yang mempunyai masalah psiko-sosial pada setiap waktu dan masa.
OBJEKTIF
1. Untuk memberikan perkhidmatan sosial yang berasaskan prinsip kerahsiaan, prihatin dan berkesan bagi mengatasi masalah psiko-sosial pesakit seiirng dengan konsep rawatan " Total Patient Care".
2. Untuk membantu memulihkan semula pesakit dengan mengingkatkan kefungsian sosial mereka agar menjadi anggota masyarakat yang produktif, berkualiti serta berdikiari dengan batas keupayaan yang diakibatkan oleh penyakitnya.
Perkhidmatan
TERAPI SOKONGAN | BANTUAN PRAKTIK |
Penyakit Kronik | Laporan Biopsikososial |
Penderaan Kanak-kanak | Bantuan Peralatan Perubatan |
Keganasan Rumahtangga | Bantuan Rawatan Perubatan |
Ibu Tanpa Nikah | Bantuan Ubat-ubatan |
Keganasan Seksual | Bantuan Am Segera |
Pesakit Terdampar | Perancangan Discaj |
Masalah Tingkah Laku | Lawatan ke Rumah |
HIV Positif / AIDS | Penempatan Institusi |
Ketagihan Dadah / Alkohol | Rumah Perantaraan |
Cubaan Bunuh Diri | Bantuan Panjar Runcit |
Orang Kurang Upaya | Jaringan Kerjasama (GO & NGO) |
Lain-lain | Lain-lain |
Jadual
Jadual Perkhidmatan
Isnin Hingga Jumaat |
8.00 pagi - 5.00 petang Rehat 1.00 petang - 2.00 petang (Isnin - Khamis) Rehat 12.15 petang - 2.45 petang (Jumaat) |
Sabtu dan Ahad |
Cuti Rehat |
Hubungi
KETUA JABATAN |
ENCIK MOHAMMAD DJERIANTO JEPON |
NO TELEFON |
04 5497333 EXT : 383 |
FAX |
04-5497299 |
|
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |
PEGAWAI |
ENCIK AMANAH BIN BESAR |
NO TELEFON |
04 5497333 EXT : 383 |
FAX |
04-5497299 |
|
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |