Bahagian Pengurusan, Hospital Bukit Mertajam (HBM) telah mengadakan Program Gotong-royong Memasak Bubur Lambuk 1446H/2025 dengan penuh bersemangat dan muhibah!
Program bermula dalam jam 8.30 pagi pada 26 Mac 2025 (Rabu) di perkarangan Kantin, Hospital Bukit Mertajam (HBM) dengan penyertaan lebih 40 orang anggota dari Unit Pengurusan, HBM yang berganding bahu dalam penyediaan bubur lambuk. Kehadiran Pengarah Hospital Bukit Mertajam (HBM), YBrs. Dr. Prashant Subramanian, bersama Timbalan Pengarah Hospital, YBrs. Dr. Umi Masyitah binti Mohd. Saidi menyemarakkan lagi program bubur lambuk pada tahun ini.
Sebanyak 500 pek bubur lambuk telah berjaya diedarkan kepada seluruh warga kerja Hospital Bukit Mertajam (HBM) sebagai tanda penghargaan dan semangat kebersamaan bersempena bulan Ramadan yang mulia ini.
Terima kasih kepada semua yang terlibat!
Semoga amalan ini membawa keberkatan dan mengeratkan lagi ukhuwah antara kita.




