Hospital Bukit Mertajam (HBM) telah menyahut seruan kerajaan dengan menyertai Program Menanam Satu (1) Juta Pokok di Pulau Pinang sempena World Earth Day 2024 anjuran Yayasan Amal Tuan Yang Terutama Yang di- Pertua Negeri Pulau Pinang.
Program yang diadakan pada 22 April 2024 ini melibatkan 200 keluarga HBM (warga HBM dan Edgenta), YB. Lee Khai Loon, ADUN Machang Bubuk, Ahli Lembaga Pelawat, Pusat Kesihatan Mental Masyarakat (MENTARI) dan pelajar-pelajar SMK Convent Bukit Mertajam dengan penanaman sebanyak 1190 pokok sumbangan Yayasan Amal Tuan Yang Terutama (TYT), Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang dan warga HBM.
Pokok-pokok yang ditanam adalah pokok paya kelat, pokok limau kasturi, pokok kemuning, pokok merawan siput, pokok eucalyptus, pokok kapur dan pokok meranti di empat (4) zon yang telah dikenal pasti di sekitar kawasan hospital.
Kerja-kerja mengorek lubang bagi 1190 pokok ini telah mula dilaksanakan secara gotong-royong dari 15 sehingga 19 April 2024.
Perasmian telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan), YBrs. Dr. Shameni Sunasundram secara atas talian melalui Facebook rasmi Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) dan disertai oleh semua Hospital dan Pejabat Kesihatan Daerah di negeri Pulau Pinang.
Acara kemuncak adalah penanaman pokok oleh YB. Lee Khai Loon, Pengarah Hospital Bukit Mertajam, YBrs. Dr. Prashant a/l Subramanian dan Ahli Lembaga Pelawat Hospital serta semua lokasi yang terlibat yang disiarkan secara langsung di Facebook rasmi JKN. Hasil usaha dan kerjasama keluarga HBM yang diterajui oleh Unit Kejuruteraan, semua pokok berjaya ditanam di kesemua zon pada hari yang sama.





