Hospital Bukit Mertajam (HBM) telah berjaya dijalankan di Hospital Bukit Mertajam (HBM) pada 2 Julai 2024 (Selasa). YBrs. Dr. Thiyagar a/l Nadarajaw telah dijemput sebagai penceramah dan merupakan seorang Pakar Perunding Kanak-kanak dari Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah yang mempunyai pengalaman luas sebagai ‘surveyor’ akreditasi.
Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan khusus kepada Unit Kawalan Infeksi, Jabatan Pediatrik dan Jabatan Obstetrik dan Ginekologi.
Selain itu, YBrs. Dr. Thiyagar turut berkongsi pengalaman dengan warga HBM semasa sesi motivasi bersama warga HBM mengenai Lumrah Hidup Menjadi Penjawat Awam.
HBM mengucapkan ribuan terima kasih atas perkongsian ilmu dan pengalaman oleh insan yang sangat hebat ini bersama warga HBM.