Hospital Bukit Mertajam (HBM) telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa MPIS Bil. 1/2024 buat julung kalinya pada hari ini yang dipengerusikan oleh Pengarah Hospital, YBrs. Dr. Prashant Subramanian. Kesemua Jabatan dan Unit yang terlibat telah menghadiri mesyuarat ini. HBM merupakan hospital ke-2 di Malaysia yang menggunakan Sistem MPIS pada tahun 2022.

Status terkini, HBM di dalam fasa ke-2 di mana kesemua klinik-klinik pakar luar sedang menggunakan MPIS sepenuhnya atau sekurang-kurangnya di bahagian pendaftaran kecuali satu (1) klinik sahaja. Pada bulan Mei 2024, HBM telah memasuki fasa ke-2 melibatkan Jabatan Kecemasan dan Trauma, BDM/Unit Hasil dan BMU telah mula menggunakan MPIS.

Bagi tahun 2024, HBM berhasrat untuk memasuki fasa ke-3 melibatkan klinik pakar yang belum menggunakan MPIS dan wad-wad bagi pesakit dalam.

Secara keseluruhannya, Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental telah mencapai 84% penggunaan MPIS, Jabatan Perubatan 85% dan Jabatan Obstetrik & Ginekologi (O&G) 78% manakala klinik-klinik lain sekitar 50-60%.

Adalah dianggarkan HBM telah mencapai 55% penggunaan bagi keseluruhan hospital dan diharap dapat memasuki fasa ke-3 dengan mencapai minimum penggunaan 80% penggunaan MPIS pada hujung tahun ini.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Bahagian Perkembangan Perubatan iaitu YBrs. Dr. Mohammad Anas Putra, YBrs. Dr. Hanis dan YBrs. Dr. Nadira yang telah dua (2) kali hadir ke HBM bagi membantu HBM menggunakan MPIS di peringkat hospital.

Terima kasih juga diucapkan kepada semua penyelaras MPIS, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang sentiasa membantu HBM dalam merealisasikan impian untuk menjadi sebuah hospital digital di Pulau Pinang.