Unit Fisioterapi, Hospital Bukit Mertajam (HBM) telah menerajui Program Audit bersama Ketua Profesion Negeri Pulau Pinang dan Pasukan Audit pada 10 Julai 2024 (Rabu) yang dipengerusikan oleh Pengarah Hospital, YBrs. Dr. Prashant Subramanian.
Tujuan utama program Audit ini diadakan adalah untuk meningkatkan kualiti dokumentasi Profesion yang merupakan kawalan aspek Medicolegal serta memperbaiki Sistem Pengurusan Dalam Proses Tadbir Urus Klinikal.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Ketua Profesion Negeri Pulau Pinang dan Pengarah Hospital Bukit Mertajam (HBM) yang telah melancarkan program ini dengan amat berjaya dalam merealisasikan matlamat Profesion Fisioterapi.