πππππππ ππππππππππ πππππππ ππππππππ πππππ ππππππππ (πππ), πππππ ππππππ ππππ ππππ πππππππ πππππππ ππππππππ πππππ ππππππππ ππππππππππ ππππππππ ππππ ππππ ππππππ
ππππ ππππ
βKemeriahan menjelang Hari Raya Aidilfitri berakhirnya puasa semakin dirasaiβ
Ahli Lembaga Pelawat (ALP) Hospital Bukit Mertajam (HBM) telah mengadakan Program Menyantuni
Pesakit Hospital Bukit Mertajam dan mengagihkan sebanyak 50 hamper bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Rombongan Ahli Lembaga Pelawat telah disambut dan diiringi oleh YBrs. Dr. Prashant Subramanian, Pengarah Hospital dan Pengurusan Tertinggi yang lain berjalan santai mulai dari Wad 2 Perempuan (Pembedahan/ Sakit Puan) dan seterusnya ke wad 10 Lelaki (Perubatan).
Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat Hospital Bukit Mertajam, Encik Ng Yi Cheah menyatakan melalui program ini dapat mengeratkan hubungan antara pihak hospital dan komuniti serta dapat meringankan beban pesakit yang terpaksa beraya di hospital tatkala yang lain dapat bersama keluarga tercinta.



