ππππππ ππ πππππππππ
Hospital Bukit Mertajam (HBM) telah melaksanakan program kebajikan dinamakan "Excess to Essential" yang membantu golongan memerlukan dalam persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Program selama tiga (3) hari yang merupakan cetusan idea YBrs. Dr. Prashant a/l Subramanian, Pengarah HBM ini berjaya mengumpulkan pakaian-pakaian serta kasut baru dan terpakai yang memberikan manfaat kepada 70 penerima.
Membina tenaga kerja yang penyayang dan gembira yang diserapkan dalam semangat kemampanan selaras dengan United Nations Sustainable Development Goals (UNSDG) 1 iaitu βNo Povertyβ atau membasmi kemiskinan dan SDG 10 iaitu βReduced Inequalityβ atau mengurangkan ketidaksaksamaan akan menjadi salah satu (1) matlamat utama HBM.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.