CAWANGAN KEWANGAN

Cawangan Kewangan Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang terdiri daripada Unit Kewangan Am, Unit Akaun dan Unit Perolehan.

Unit Kewangan Am Bertanggungjawab dalam pengurusan belanjawan peringkat Pejabat Pengarah dan Negeri. Unit ini juga menjadi urusetia yang memproses permohonan-permohonan yang memerlukan kelulusan di peringkat Pengarah Kesihatan Negeri dan juga Kementerian seperti pinjaman kenderaan, pinjaman komputer, bayaran balik telefon bimbit, elaun perpindahan ke rumah yang dibeli dengan pinjaman kerajaan dan banyak lagi.

Unit Akaun Berperanan menguruskan pembayaran bil, terimaan dan hasil, gaji, akaun amanah dan deposit. Unit ini juga memproses permohonan-permohonan yang memerlukan kelulusan Pengarah Kesihatan Negeri dan Kementerian seperti Pendahuluan Diri, Emolumen Terlebih Bayar, Bayaran Penyediaan Laporan Perubatan dan lain-lain.

Unit Perolehan Berperanan menguruskan urusan perolehan peringkat ibu pejabat merangkumi pembelian terus, sebut harga dan tender. Unit ini juga merupakan urusetia bagi sebut harga yang diturunkan kuasa kepada Pengarah Kesihatan Negeri iaitu perolehan sebut harga sehingga RM1 juta dan semua tender peringkat negeri.

Selain itu, Cawangan ini juga memainkan peranan sebagai tempat rujukan untuk semua PTJ bagi menyelesaikan sebarang permasalahan berkaitan kewangan dan perolehan. Oleh kerana itu, setiap aspek pengurusan kewangan dan perolehan akan dipastikan mematuhi Arahan Perbendaharaan, Pekeliling-pekeliling Perbendaharaan dan Surat Pekeliling Perbendaharaan di dalam 1 Pekeliling Perbendaharaan (1PP), Perintah Am, Pekeliling-pekeliling dan Garis Panduan Dalaman Kementerian Kesihatan Malaysia serta lain-lain peraturan semasa yang berkuatkuasa.