CAWANGAN KHIDMAT PENGURUSAN
Cawangan Khidmat Pengurusan adalah salah satu (1) cawangan di bawah Bahagian Pengurusan, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang dan terdiri daripada empat (4) unit iaitu Unit Pentadbiran, Unit Komunikasi Korporat, Unit Pengurusan Am dan Unit Aset.
1.1 UNIT PENTADBIRAN
Bertanggungjawab memastikan pengurusan pejabat teratur dan lancar, merangkumi urusan surat-menyurat, pengurusan fail, tempahan bilik mesyuarat, pembersihan, keselamatan pejabat serta menjadi urusetia mesyuarat serta majlis-majlis penting Jabatan dengan dibantu oleh cawangan-cawangan lain di Bahagian Pengurusan JKN Pulau Pinang.
1.2 UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
Bertanggungjawab menyelaras semua aduan yang diterima, menguruskan laman Facebook rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang serta menguruskan dokumen-dokumen terperingkat Jabatan termasuklah urusan fail-fail sulit Jabatan.
1.3 UNIT PENGURUSAN AM
Bertanggungjawab dalam menguruskan kenderaan jabatan, kuarters dan sewaan ruang pejabat termasuk klinik (klinik kesihatan dan klinik komuniti).
1.4 UNIT PENGURUSAN ASET DAN STOR
Bertanggungjawab dalam menguruskan aset serta stor jabatan di bawah ibu pejabat JKN Pulau Pinang dari semua peringkat, bermula dari perancangan perolehan, pendaftaran, pemeriksaan, penyelenggaraan sehinggalah kepada pelupusan.
Unit ini juga merupakan urusetia yang memproses semua kelulusan berkaitan aset dan stor seperti kelulusan pembelian Aset Bernilai Rendah, penerimaan hadiah dan pelupusan, sama ada kelulusan di peringkat Pengarah Kesihatan Negeri atau Kementerian Kesihatan Malaysia.