CAWANGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT 

Cawangan   Teknologi   Maklumat   adalah   salah  satu   Cawangan  di  bawah  Bahagian Pengurusan, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang. Beroperasi di Tingkat 4, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, Jalan Residensi, 10450 George Town.   Cawangan ini diterajui oleh Ketua Penolong Pengarah (Teknologi Maklumat) Gred F48.

Cawangan Teknologi Maklumat dipecahkan kepada tiga  unit iaitu :

Unit Rangkaian dan Sokongan Teknikal

Memantau dan memastikan Semua Aplikasi eKerajaan dilaksanakan, iaitu MyGovNet, ePerolehan, iGFMAS, ePRS, eHadir, Sistem Permohonan Keluar Negara di Fasiliti Kesihatan

Memantau dan melaksanakan Dasar Keselamatan ICT KKM, ePatuh dan Naziran ICT

Mengurus dan melaksanakan khidmat sokongan teknikal ICT

Unit Sokongan Aplikasi

Memantau dan memastikan Semua Aplikasi eKesihatan dilaksanakan, iaitu MyGovUC, iJejak, PHIS, MYCPD, SMRP, MyBooking, eWaran, Virtual Klinik di Fasiliti Kesihatan

Unit Fail dan Dokumentasi

Melaksana dan memantau Dasar-Dasar JPA, MAMPU dan KKM serta memastikan Pelan Strategik Teknologi Maklumat KKM  termasuk Bajet ICT difahami, dipatuhi dan dilaksana

Merancang dan melaksanakan Program Pembangunan Kompetensi ICT bagi JKN/Fasiliti Kesihatan