CAWANGAN SUMBER MANUSIA
Cawangan Sumber Manusia berperanan memastikan Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang mempunyai struktur organisasi yang sesuai, produktif, berkualiti serta penggunaan sumber manusia yang optimum, berintegriti dan berpengetahuan, bagi membantu organisasi melaksanakan aktiviti-aktiviti dengan cekap dan berkesan. Cawangan Sumber Manusia diketuai oleh seorang Ketua Penolong Pengarah Kanan (M52) dan dibantu oleh seorang Penolong Pengarah Kanan (M44) bagi urusan Sumber Manusia serta seorang Penolong Pengarah (M41/M44) bagi urusan latihan.
Cawangan Sumber Manusia Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang terdiri daripada Unit Perjawatan dan Integriti, Unit Perkhidmatan, Unit HRMIS dan Unit Latihan.
Unit Perjawatan dan Integriti bertanggungjawab menguruskan data perjawatan dan menyelaras penstrukturan perjawatan bagi PTJ seluruh JKNPP. Unit ini juga bertanggungjawab merancang dan melaksanakan urusan penempatan, Pegawai Sambilan Harian, Panel Pembangunan Sumber Manusia Jabatan dan urusetia kepada Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan (No.2). Unit ini juga menjadi focal point kepada pengurusan isu-isu berkaitan integriti di peringkat Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang.
Unit Perkhidmatan bertanggungjawab menguruskan dokumen berkaitan urusan perkhidmatan, Penyata Perubahan dan Buku Rekod Perkhidmatan. Unit ini juga menguruskan permohonan pelbagai jenis cuti, kelulusan ke luar negara dan penanggungan kerja disamping melaksanakan naziran perkhidmatan ke semua PTJ.
Unit HRMIS berperanan mengemaskini waran perjawatan HRMIS berdasarkan waran perjawatan KKM, mengemaskini sandangan pegawai dan menguruskan latihan penggunaan modul-modul dalam aplikasi HRMIS. Unit ini juga bertanggungjawab menyediakan pelaporan pencapaian 7 KPI HRMIS jabatan.
Unit Latihan bertanggungjawab memastikan urusan Latihan Dalam Perkhidmatan dilaksanakan mengikut dasar yang ditetapkan dan peruntukan dibelanjakan mengikut Prosedur Kewangan yang ditetapkan. Unit ini juga menguruskan pelaksanaan Program Transformasi Minda bagi Pegawai Perubatan Siswazah dan Kumpulan Pelaksana di JKNPP serta urusan penempatan pelatih/pelajar daripada Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia, Institut Pengajian Tinggi Awam/Swasta dan Hospital-hospital Awam/Swasta bagi menjalani Latihan Klinikal, Elektif dan Sangkutan selaras dengan Garis Panduan Latihamal yang ditetapkan.