CAWANGAN PEMBANGUNAN
Cawangan Pembangunan adalah salah satu cawangan di bawah Bahagian Pengurusan, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang. Fungsi dan tugas utama adalah merancang dan menyelia perancangan pembangunan yang melibatkan semua hospital dan klinik di dalam Negeri Pulau Pinang. Selain itu, cawangan Pembangunan berperanan membuat agihan peruntukan sepertimana yang diluluskan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia. Terdapat 2 unit utama dalam cawangan Pembangunan iaitu
Unit Projek
Unit Projek bertanggungjawab semua perkara berkaitan dengan belanjawan peruntukan pembangunan dan terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi projekprojek fizikal yang dijalankan di semua PTJ.
Unit Tanah
Unit Tanah bertanggungjawab untuk menyelia dan mengawal tanah-tanah yang digunakan oleh semua PTJ termasuk urusan perolehan tanah, pemberian sewaan (premis) serta kawalan serta memberi ulasan kepada pihak Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian untuk sewaan tanah-tanah kosong dibawah kegunaan KKM di Pulau Pinang.
Fungsi
i. Menyelaras permohonan perbelanjaan PTJ JKNPP di bawah pelbagai Peruntukan Butiran Pembangunan;
ii. Menyelaras permohonan projek-projek di bawah Rancangan Malaysia;
iii. Memantau projek-projek yang telah diluluskan di bawah Rancangan Malaysia;
iv. Menghadiri mesyuarat berkaitan projek;
v. Menyelaras maklumat tanah-tanah di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (tanah kosong, tanah yang disewakan);
vi. Menyelaras maklumat premis di bawah Hospital dan Klinik di seluruh Pulau Pinang;
vii. Urus Setia kepada Jawatankuasa Premis JKNPP