
Menurut Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009, pengendali makanan adalah 𝐃𝐈𝐋𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆 memakai apa-apa jenis aksesori seperti jam tangan, cincin, rantai tangan dan perhiasan diri yang lain.
Terdapat banyak kotoran dan kuman yang berkumpul dicelah-celah aksesori tersebut dan ini boleh menyebabkan pencemaran makanan berlaku.
Oleh itu, semua pengendali makanan diseru untuk menjalankan tanggungjawab anda dalam memastikan aspek kebersihan dan keselamatan makanan sentiasa berada di tahap yang terbaik!
Jadi ingat, kalau ada gelang emas minta tolong jangan pakai semasa menyediakan makanan ya
𝗟𝗜𝗞𝗘, 𝗦𝗛𝗔𝗥𝗘 𝗗𝗔𝗡 𝗙𝗢𝗟𝗟𝗢𝗪 𝗙𝗔𝗖𝗘𝗕𝗢𝗢𝗞 𝗕𝗞𝗞𝗠 𝗣𝗨𝗟𝗔𝗨 𝗣𝗜𝗡𝗔𝗡𝗚
𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗟𝗘𝗕𝗜𝗛 𝗕𝗔𝗡𝗬𝗔𝗞 𝗜𝗡𝗙𝗢𝗥𝗠𝗔𝗦𝗜 𝗞𝗘𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗞𝗔𝗡𝗔𝗡






