PETA LOKASI JABATAN KESIHATAN NEGERI PULAU PINANG
JALAN RESIDENSI, 10450 GEORGE TOWN, PULAU PINANG.
Untuk Sementara Waktu, Boleh Ikuti Kolej Kejururawatan Kesihatan Malaysia (ILKM) Pulau Pinang, kerana Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang berada di kawasan yang sama.

PENGENALAN
Makmal Keselamatan & Kualiti Makanan Pulau Pinang (MKKM PP) ditubuhkan pada tahun 1983. MKKM PP adalah sebuah makmal yang menjalankan perkhidmatan analisa Mikrobiologi dan Kimia. Ianya beroperasi dibawah pentadbiran Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang. MKKM PP menyediakan perkhidmatan analisis makanan kepada pejabat kesihatan daerah, pejabat kesihatan pelabuhan dan pejabat kesihatan lapangan terbang di negeri Pulau Pinang.
VISI
Menjadi sebuah makmal yang cemerlang dalam memberikan perkhidmatan analisis yang berkualiti bagi menyokong aktiviti di bawah keselamatan dan kualiti makanan
MISI
Menyediakan perkhidmatan analisis yang berkualiti, menepati masa dan mesra pelanggan dengan penggunaan sumber yang optimum dalam melaksanakan aktiviti di bawah keselamatan dan kualiti makanan
OBJEKTIF
Menyediakan perkhidmatan analisis mikrobiologi dan kimia terhadap pengawasan dan penguatkuasaan untuk melindungi orang ramai dari bahaya kesihatan daripada makanan dan penipuan di dalam penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan.
FUNGSI
- Memberi perkhidmatan analisis makanan mengikut keperluan semasa.
- Melaksanakan pembangunan kaedah analisis baharu mengikut
- Menyediakan latihan teknikal bagi memastikan kredibiliti dan kompetensi juruanalisis makanan di
- Melaksanakan sistem kualiti makmal bagi analisis
- Mengadakan kerjasama dengan lain-lain makmal makanan bagi perkongsian maklumat dan pengetahuan dalam analisis
PIAGAM PELANGGAN
- Memberi perkhidmatan analisis mikrobiologi dan kimia makanan yang berkualiti dengan menekankan aspek kawalan mutu.
- Memberi perkhidmatan mikrobiologi dan kimia makanan dengan tepat dan cekap
- Keputusan analisis boleh diperolehi:
- Analisa mikrobiologi 14 hari selepas terima sampel
- Analisis kimia 30 hari selepas terima sampel
- Sampel krisis dan keracunan akan diberi keutamaan bagi membolehkan keputusan dikeluarkan secepat mungkin
- Jujur, amanah dan berintegriti dalam melaksanakan tugas
SENARAI ALAMAT MKKM SELURUH MALAYSIA
PENGHARGAAN KEPADA PPP NURFATIN FATIHAH BINTI AHMAD
Pelanggan berpuashati dengan luka di kakinya yang sudah sembuh. Pelanggan memuji Pn. Nurfatin Fatihah binti Ahmad (Pen. Pegawai Perubatan, Gred U29) sangat baik.
Moorthy a/l Ramaloo
|
SisPAA |
Perkhimatan Klinik Pergigian yang terbaik serta amat memuaskan
ENCIK CHIK YUSOFF BIN YAAKOB TELAH HADIR KE KLINIK PERGIGIAN TASEK GELUGOR PADA 17 FEBRUARI 2020.
BELIAU TELAH MENDAPAT PERKHIDMATAN PERGIGIAN YANG TERBAIK DAN MEMUASKAN OLEH PEGAWAI PERGIGIAN DAN STAF YANG TERLIBAT. LAYANAN YANG DITERIMA JUGA SUNGGUH MESRA PELANGGAN. BELIAU SANGAT BERTERIMA KASIH DENGAN LAYANAN DAN PERKHIDMATAN YANG DITERIMA DI KLINIK PERGIGIAN TASEK GELUGOR PADA HARI ITU.
|
Chik Yusoff bin Yaakob |
|
SisPAA |
PENGHARGAAN KEPADA PPP NURFATIN FATIHAH BINTI AHMAD
Pelanggan berpuashati dengan luka di kakinya yang sudah sembuh. Pelanggan memuji PPP Nurfatin Fatihah binti Ahmad (Pen. Pegawai Perubatan, Gred U29) sangat baik.
Moorthy a/l Ramaloo
|
SisPAA |