Kesihatan Pergigian Masyarakat

Fokus Kesihatan Pergigian Masyarakat adalah untuk mencegah karies dan Kanser Mulut. Ini termasuk pemfluoridaan,rawatan fisur disekolah dan program pencegahan dan pengesanan awal pra kanser dan kanser mulut.

Promosi Kesihatan Mulut

Promosi Kesihatan Mulut adalah diberi keutamaan untuk disepadukan dalam program kesihatan mulut bagi semua kumpulan sasaran.Aktiviti promosi kesihatan mulut merangkumi ceramah pergigian,pameran dan kempen kesihatan mulut.Latihan memberus unruk kanak –kanak prasekolahdan lain lain aktiviti seperti role play dan pertunjukan boneka diadakan untuk kanak-kanak prasekolah. Semua aktiviti –aktiviti ini dijalankan bertujuan untuk mengalakkan kesedaran mengenai kepentingan kesihatan gigi dan amalan kesihatan mulut untuk mengekalkan kesihatan mulut bagi menambahbaik kualiti kehidupan.

Pemfluoridaan

Pemfluoridaan bekalan air awam adalah aktiviti kemasyaratkan yang bertujuan untuk mencegah dan mengurangkan kerosakan gigi . Ia nya telah diterima sebagai salah satu polisi kerajaan bermula tahun 1972. Pada tahun 2006 sejumlah 273 loji rawatan air telah ditambah fluride yang member manafaat kepada 73.9% jumlah penduduk .Seterusnya program tersebut dikembangkan keseluruh penduduk. Kementerian Kesihatan dan Pelbagai Pihak Berkuasa Air telah berkerjasama bagi menjayakan program pemfluoridaan ini.

Fisur Sealan

Program fisur sealan merupakan satu program di sekolah yang bertujuan bagi mencegah karies gigi. Di bawah program ini fisur sealan di sapu pada gigi geraham kekal di kalangan kanak-kanak yang berisiko karies.

Kanser Mulut

Program Pengesanan dan pencegahan awal prakanser dan kanser disasarkan kepada kumpulan yang berisiko pertama kali dilancarkan pada tahun 1996.Program ini telah dikaji semula dan diperkukuh pada tahun 2002. Tujuan program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang faktor-faktor yang menyebabkan kanser mulut . Program ini juga untuk mendidik individu bagi mengesan tanda-tanda awal gejala kanser mulut dan menjalankan pemeriksaan bagi mengesan kanser awal mulut.