Caj Rawatan Pergigian
Caj pergigian di Klinik Pergigian kerajaan dan hospital adalah mengikut akta fee Arahan Perintah Fi (Perubatan) (Pindaan) 2017. Caj untuk rawatan dan perkhidmatan yang dinyatakan adalah bergantung kadar bayaran yang ditetapkan dalam akta fee. Walaubagaimanapun caj tersebut tidak dikenakan pada :
1) Penjawat awam, pesara kerajaan, ahli keluarga mereka dan orang kurang upaya
2) Kakitangan pihak berkuasa tempatan, badan berkanun dan ahli keluarga dan tanggungan mereka
3) Individu yang mempunyai kemudahan perubatan yang diperuntukkan dalam mana-mana undang-undang bertulis.
Ambil perhatian dokumen berkenaan (Kad pengenalan, Surat beranak/ Passport/ surat jaminan) dperlukan sebagai bukti di atas.
Caj bagi pelbagai jenis rawatan adalah seperti berikut :
JADUAL F (Rawatan Pergigian)
-
Bil Perkhidmatan Pesakit luar 1. Cabutan - bagi sebatang gigi RM1 2. Tampalan - bagi sebatang gigi RM2 3. Inlay (tidak termasuk harga logam) RM3 4. Penskaleran - bagi satu rawatan RM2 5. Rawatan endodontik RM4 6. Membuat gigi palsu yang penuh (tidak termasuk harga logam)
Rahang atas RM50 Rahang bawah RM50 7. Membuat sebahagian gigi palsu (tidak termasuk harga logam)
Rahang atas/rahang bawah RM10 Bagi setiap batang tambahan (RM2) tetapi tidak melebihi RM25 8. Membaiki gigi palsu Setiap plak (tidak termasuk gigi) RM2 Dengan menggantikan gigi lain bagi sebatang gigi RM2 9. Peralatan Ortodontik Aplians tetap RM500 Aplians boleh tanggal Simple
RM100Kompleks RM200 10. Alat Gigi atau Obturator Kecil RM15 Sederhana RM20 Besar RM28